Ini
adalah wajah terbaru keturunan ketujuh Mahsuri, Wan Aishah NawawiWan
Aishah masih nampak cantik walaupun mengenakan solekan tipis dan dia
kini jua bertudung.Dia berkahwin dengan jejaka pilihannya, Alee Tongyon
kira-kira dua tahun lepas.Alee adalah seorang usahawan muda industri
pelancongan.Alee merupakan rakan sekampung Wan Aishah sejak
kecil.Pasangan ini bagaimanapun mula rapat sejak Wan Aishah memasuki
universiti dan mengikat tali pertunangan.
Wan Aishah, adalah anak sulung daripada dua beradik kepada pasangan Wan Nawawi Wan Hashim seorang pemandu tut-tut dan Sumaini Karim, pekerja hotel.Wan Aishah menjadi idola rakyat Malaysia sekitar awal 90-an apabila kisahnya berjaya dijejak Persatuan Sejarah Malaysia cawangan Kedah yang kemudian disusuli Ekspedisi Melawat Phuket anjuran majalah Al-Islam pada 1998.
Ketika itu
Wan Aishah baru berusia 12 tahun. Sejak itu berita mengenai penemuan
waris generasi ketujuh Mahsuri itu tersebar luas terutama di Thailand
dan Malaysia.
Penemuan
Wan Aishah menamatkan sumpah Mahsuri ke atas Pulau Langkawi yang
menjadi padang jarak padang tekukur sejak tujuh keturunan Mahsuri yang
silam.Ekoran penemuan itu, Utusan Melayu (M) Berhad mengambil daya usaha
menjadikan Wan Aishah sebagai anak angkat dan mengatur beberapa
program berkaitan sejarah moyangnya Mahsuri di Malaysia.
Antara yang paling menarik ialah Minggu Pengisahan Mahsuri di Pulau Langkawi yang mendapat sambutan hangat pelancong dalam dan luar negara.Wan Aishah pernah melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tetapi cuma untuk tempoh setahun dan kembali menyambung pelajarannya di University of Bangkok dalam jurusan komunikasi.
Antara yang paling menarik ialah Minggu Pengisahan Mahsuri di Pulau Langkawi yang mendapat sambutan hangat pelancong dalam dan luar negara.Wan Aishah pernah melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) tetapi cuma untuk tempoh setahun dan kembali menyambung pelajarannya di University of Bangkok dalam jurusan komunikasi.
1 ulasan:
anucktiPENGAKUAN KU HALIM B. KU HASAN DARI BERAS YERBAKAR
KATANYA. SEMEMANGNYA WARIS MAHSURI YANG D WAWARKAN HINGGA HARI INI ADALAH REKAAN SAHAJA. 7 ORANG TERBABIK DLM MEREKA WARIS MAHSURI INI.MEREKA MEGANGKAT SUMPAH UTK MEYIMPAN RAHSIA INI TERMASUK BELIAU.INI BOLEH DISIFATKAN SATU PENIPUAN BERTARAF TINGGI DAN MEMALUKAN KEDAH DAN MALAYSIA.SIASATAN PERLU DIADAKAN SEGERA AGAR PIHAK TERLIBAT DAPAT DIDAKWA.1WAYET1
Catat Ulasan