Setiausaha
Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata PAS tidak akan sesekali termakan
pujuk rayu Umno yang dilihat cuba ‘mengurat’ PAS apabila mereka kini
dalam keadaan sangat lemah.Sebaliknya, PAS akan tetap bersama PKR dan
DAP dalam Pakatan Rakyat bagi berjuang menentang ketidakadilan yang
dilakukan pemerintah negara ini.
Menurut beliau, walaupun Umno itu parti
Melayu, tetapi PAS tetap menentangnya kerana kezaliman dan
kemungkaran yang dilakukan mereka sejak 54 tahun memerintah.
“Walaupun
Umno kata Melayu tak boleh tentang Melayu, tapi Islam ajar kita
supaya menentang kezaliman walaupun datang dari kaum kita sendiri.
“Ajaran
Melayu Umno, perangai hodoh tak apa, rasuah tak apa, atas nama orang
Melayu, tetapi ajaran Islam tidak begitu,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berceramah di Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat negeri Melaka malam tadi.
Lebih 3,000 hadir pada ceramah di perkarangan Surau Ustaz Ali, Permatang Pasir, Alai yang turut dihadiri Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
Lebih 3,000 hadir pada ceramah di perkarangan Surau Ustaz Ali, Permatang Pasir, Alai yang turut dihadiri Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.
Mengulas
lanjut Mustafa (gambar) yang mengambil pentas sebelum Mohamad berkata,
Islam juga mengajar umatnya boleh bersama siapa sahaja demi menentang
kemungkaran dan menegakkan keadilan.
“Sebab itu kita bersama PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.
“Kita menentang Umno sebab mereka tidak menegakkan keadilan sebagaimana di perintah Allah,” katanya.
Umno kini
katanya dalam keadaan sangat lemah dan terpaksa ‘mengorat’ PAS untuk
mengembalikan sokongan kepada mereka atas nama parti orang Melayu.
Bagaimanapun
tegasnya, PAS sudah matang dengan taktik dan perangai Umno itu dan
sesekali tidak akan menjalin kerjasama politik dengan parti itu.
“Abg Mat (Mohamad Sabu) berapa kali dia kena ISA siapa buat, Umno yang buat.
“Kenapa
Umno buat kepada orang Melayu, sebaba waktu nak ISA dia tak kira dah
Melayu, tapi sekarang bila lemah sibuk cari PAS atas nama Melayu.
“Sebab itu walaupun ada usaha Umno nak mengorat kita, kita kata no!,” tegasnya.
Dalam pada
itu, mengulas kehadiran malam tadi, Mustafa menyifatkan ianya suatu
kebangkitan rakyat Melaka yang sangat berbeza dari sebelumnya.
Sambutan
luar biasa sejak kebelakangan ini katanya bukan sahaja memeningkan
Pengerusi Umno negeri Datuk Seri Ali Rustam malah juga membimbangkan
Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan