Wartawan Buletin
MARANG
– Dewan Ulamak PAS negeri Terengganu (DUNT) menyeru seluruh rakyat
Terengganu yang beragama Islam, mengenang peristiwa zalim yang telah
dilakukan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) ketika dipimpin oleh Dato’
Seri Idris Jusoh.
Menurut Ketua Penerangan DUNT, Ustaz Hamzah Ngah, peristiwa
tersebut adalah apabila kerajaan Umno-BN Terengganu merobohkan masjid
Bujal, dalam DUN Kijal, yang berlaku pada 25 Mei tahun 2005.
Kerana peristiwa zalim itu, katanya orang-orang Melayu Islam wajib menolak Umno-BN pada pilihanraya umum ke-13 akan datang.
“25
Mei baru ni, genap tujuh tahun orang Terengganu yang beragama Islam
kena ingat….bila kita ingat peristiwa zalim ini (menjadi) wajib kita
tolak Umno-BN,
“iaitulah (peristiwa) perobohan masjid Bujal di perkampungan (dalam DUN) Kijal Terengganu,”tegasnya.
Beliau
berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam ceramah yang diadakan
di Kampung Sungai Serai, di sini pada Jumaat 8 Jun.
Menurutnya,
diseluruh dunia yang merobohkan masjid adalah orang Yahudi di Palestin
dan para ‘pelampau hindu’ yang merobohkan masjid Babri di India>
Sebaliknya, dibumi Terengganu, orang-orang Melayu yang mengaku beragama Islam sendiri yang merobohkan ‘rumah Allah’.
“kalau
yang merobohkan masjid Bujal itu ‘pelampau hindu’ (adalah munasabah,
tetapi orang yang beragama Islam yang mengaku Islam, tapi sanggup
robohkan ‘rumah Allah’ SWT,
“bukan kita (PAS) yang berkata zalim orang yang merobohkan rumah Allah ini,”jelassnya.
Katanya,
Allah ta’ala sendiri yang menyebut didalam al-Quran dalam ayat yang
bermaksud “dan siapa lagi yang lebih jahat dan lebih zalim dari orang
yang menghalang manusia dariapada menyebut nama Allah di rumah-rumah
Allah dan berusaha merobohkan rumah Allah”.
Sebelum itu, Ustaz
Hamzah berkata negeri Terengganu adalah negeri yang paling layak
melaksanakan undang-undang Islam kerana telah meluluskan dan meletakkan
undang-undang Islam, al-Quran, Hadis dan ijmak ulamak sebagai
undang-undang tubuh kerajaan negeri.
Menurutnya, undang-undang
tersebut telah diluluskan semasa kerajaan PAS memerintah negeri
Terengganu dan telah diperkenankan dan ditandatangani oleh Sultan pada 1
Ramadhan 1424 (2003).
Sebaliknya, kata beliau apabila Umno-BN
‘merampas kuasa’ pada tahun 2004, Umno-BN tidak melaksanakannya dan
menyimpan undang-undang tersebut di dalam muzium.
1 ulasan:
matlamat tak menghalalkan cara... boleh diri masjid... tapi dengan cara yg betul... bukan cara yg salah,,,..
Catat Ulasan