Isnin, 11 Jun 2012

Ulamak Minta Rakyat Kenang Tragedi Perobohan Masjid Bujal

Wartawan Buletin


MARANG – Dewan Ulamak PAS negeri Terengganu (DUNT) menyeru seluruh rakyat Terengganu yang beragama Islam, mengenang peristiwa zalim yang telah dilakukan oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) ketika dipimpin oleh Dato’ Seri Idris Jusoh.

Menurut Ketua Penerangan DUNT, Ustaz Hamzah Ngah, peristiwa tersebut adalah apabila kerajaan Umno-BN Terengganu merobohkan masjid Bujal, dalam DUN Kijal, yang berlaku pada 25 Mei tahun 2005.

Kerana peristiwa zalim itu, katanya orang-orang Melayu Islam wajib menolak Umno-BN pada pilihanraya umum ke-13 akan datang.

“25 Mei baru ni, genap tujuh tahun orang Terengganu yang beragama Islam kena ingat….bila kita ingat peristiwa zalim ini (menjadi) wajib kita tolak Umno-BN,

“iaitulah (peristiwa) perobohan masjid Bujal di perkampungan (dalam DUN) Kijal Terengganu,”tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam ceramah yang diadakan di Kampung Sungai Serai, di sini pada Jumaat 8 Jun.

Menurutnya, diseluruh dunia yang merobohkan masjid adalah orang Yahudi di Palestin dan para ‘pelampau hindu’ yang merobohkan masjid Babri di India>

Sebaliknya, dibumi Terengganu, orang-orang Melayu yang mengaku beragama Islam sendiri yang merobohkan ‘rumah Allah’.

“kalau yang merobohkan masjid Bujal itu ‘pelampau hindu’ (adalah munasabah, tetapi orang yang beragama Islam yang mengaku Islam, tapi sanggup robohkan ‘rumah Allah’ SWT,

“bukan kita (PAS) yang berkata zalim orang yang merobohkan rumah Allah ini,”jelassnya.

Katanya, Allah ta’ala sendiri yang menyebut didalam al-Quran dalam ayat yang bermaksud “dan siapa lagi yang lebih jahat dan lebih zalim dari orang yang menghalang manusia dariapada menyebut nama Allah di rumah-rumah Allah dan berusaha merobohkan rumah Allah”.

Sebelum itu, Ustaz Hamzah berkata negeri Terengganu adalah negeri yang paling layak melaksanakan undang-undang Islam kerana telah meluluskan dan meletakkan undang-undang Islam, al-Quran, Hadis dan ijmak ulamak sebagai undang-undang tubuh kerajaan negeri.

Menurutnya, undang-undang tersebut telah diluluskan semasa kerajaan PAS memerintah negeri Terengganu dan telah diperkenankan dan ditandatangani oleh Sultan pada 1 Ramadhan 1424 (2003).

Sebaliknya, kata beliau apabila Umno-BN ‘merampas kuasa’ pada tahun 2004, Umno-BN tidak melaksanakannya dan menyimpan undang-undang tersebut di dalam muzium.

1 ulasan:

Azizal Adnan berkata...

matlamat tak menghalalkan cara... boleh diri masjid... tapi dengan cara yg betul... bukan cara yg salah,,,..