Isnin, 18 Jun 2012

Selangor, KL dan Putrajaya larang pembakaran terbuka

SINAR HARIAN

KUALA LUMPUR - Jabatan Alam Sekitar (JAS) mengisytiharkan perintah larangan pembakaran terbuka di semua kawasan di Selangor, Kuala Lumpurdan Putrajaya berkuatkuasa dengan serta  merta.

Ketua Pengarah Alam Sekitar Halimah Hassan berkata, larangan itu berkuatkuasa sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.
 
Bagaimanapun, katanya, larangan berkenaan tidak melibatkan aktiviti pembakaran mayat, pembakaran bagi tujuan keagamaan dan aktiviti barbeku.
 
"Mereka yang sabit kesalahan melanggar perintah larangan itu boleh dikenakan denda sehingga RM500,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Selain itu, Halimah berkata kompaun maksimum sebanyak RM2,000 juga boleh dikenakan terhadap setiap kesalahan.
 
Beliau meminta orang ramai memberi kerjasama dengan menghubungi JAS dan Jabatan Bomba dan Penyelamat jika mengesan sebarang aktiviti pembakaran terbuka di kawasan mereka.- Bernama

Tiada ulasan: