Oleh : NASPAZI
NEGARA
Sabah telah dicampak ke dalam longkang kemiskinan dan kehinaan sekian
dekad; dan tiada sesiapa pun yang lebih patut untuk bangun mendepani
cabaran-cabaran jahat tersebut melainkan rakyat Sabah sendiri melalui
kesedaran dinamik dan kearifan baru yang berhemah.
“World Bank
confirms Sabah as M'sia's poorest state. The World Bank (WB) in
Washington has confirmed through a new study that Sabah is not only the
poorest state in Malaysia but it's likely to stay that way for a
considerable length of time given current efforts in poverty
eradication.” - Malaysiakini (Nov 11, 2010)
Justeru,
penulis tidak bermaksud untuk mempertikaikan laporan bank dunia yang
mengesahkan bahawa Sabah adalah negeri paling miskin di dalam Malaysia.
Namun, penulis mempertikaikan faktor-faktor yang menjerumuskan Sabah ke
lembah kemiskinan dan kehinaan.
Sabah Dikhianati
Altantuya
Shaariibu amat berjasa kepada regim Malaya. Altantuya Shaariibu lima
tahun bertungkus lumus sebagai juru bahasa dan penterjemah kepada
dokumen dalam projek pembelian Kapal Selam Scorpene dengan janji
Komisyen USD500,000 (Lima Ratus Ribu Dollar Amerika Syarikat). Selepas
urusniaga berjaya, tentulah Altantuya Shaariibu hendak menuntut Komisyen
yang dijanjikan kepadanya.
Malangnya,
janji tinggal janji. Akhirnya, Altantuya Shaariibu telah datang ke
Malaysia demi menagih janji tersebut. Namun, jawapan yang diterima
adalah meletupkan Altantuya Shaariibu dengan C4 sehingga jasadnya
berkecai berjuta-juta. Demikianlah kejamnya pengkhianatan regim Malaya
terhadap Altantuya Shaariibu.
Demikian
juga dalam soal Projek Malaysia 1961 yang dimasyhurkan pembentukannya
pada 16 september 1963. Brunei tidak menyertai Projek Malaysia atas
alasan tidak mahu dijajah atas nama Malaysia dengan mengatakan "Adalah
muktamad Brunei tidak mahu menyertai Malaysia kerana tidak mahu menjadi
tanah jajahan, taklok, rantau dan pesisir kepada Malaya" – (Sultan Omar
Ali Saifuddien III). Mana kala Singapura pula, telah keluar Malaysia
pada tahun 1965.
Projek
Malaysia dalam konteks negara Sabah, dua buah parti politik yang telah
memainkan peranan utama dalam usaha merealisasikannya iaitu, United
Kadazan National Organisation (UNKO) dan United Sabah National
Organization (USNO).
Projek
Malaysia, idea Tunku Abdul Rahman telah memberi jaminan kepada negara
Sabah bahawa, “The granting of self-government too would enable Sabah to
stand on its own feet as equal with Malaya, Sarawak and Singapore.” -
Sabah Times (August 30,1963).
Namun,
realitinya pada hari ini adalah sebaliknya. Sabah bukan sahaja
diturunkan statusnya kepada negeri, bahkan dimiskinkan angkara
pengkhianatan regim Malaya. Dalam perjanjian Malaysia 1963 dan 20
Perkara, dinyatakan dengan jelas tentang hak-hak Sabah dalam Negara
Komponen Malaysia.
Malangnya,
pengamal politik Sabah sendiri yang menafikan kewujudan hak-hak Sabah
dalam Perjanjian Malaysia 1963 melalui Perkara 20 sebagai tidak sah!
Justeru, kalau Perkara 20 tidak sah; yang menjadi intipati kepada
penyertaan negara Sabah dalam perjanjian Malaysia 1963, maka kenapa
kewujudan Malaysia atas nama Sabah Sarawak Malaya masih sah?
Kenapa
regim Malaya berhak melaungkan ‘hak ketuanan melayu; hak istimewa
melayu; 1melayu, 1bumi’ sedangkan, pada masa yang sama negara Sabah
tidak berhak mempertahankan 20 Perkara yang menjadi haknya dalam
Perjanjian Malaysia 1963? Kalau regim Malaya terasa dirinya ada hak
dalam Negara Komponen Malaysia, maka kenapa 20 Perkara yang menjadi hak
negara Sabah dalam Negara Kompnen Malaysia dinafikan?
Bukankah
penafian regim Malaya terhadap hak-hak negara Sabah dalam Negara
Komponen Malaysia sebagai lambang kepada pengkhianatannya terhadap Sabah
Sarawak yang menjadi rakan kongsinya dalam Negara Komponen Malaysia;
atau regim Malaya hanya berselindung disebalik nama Malaysia untuk
menghisap dan merompak hasil Sabah Sarawak?
Hasil Sabah Dihisap
Menurut
Awang Ahmad Sah Datuk Awang Sahari, Malaya memungut melebihi RM36
Billion setahun - (Januari 19, 2012). Menurut Datuk Dr Jeffrey Kitingan
pula menyatakan bahawa, hasil Sabah berjumlah RM41 billion setahun -
(Mei 7, 2012).
Kalau
begitu, Sabah bukan negeri termiskin di dalam Malaysia! Dengan kata
lain, Sabah menjadi termiskin di dalam Malaysia kerana sengaja
dimiskinkan, lantaran pengkhianatan nyata oleh regim Malaya terhadap 20
Perkara yang menjadi hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963.
Sesungguhnya,
tanpa pengkhianatan regim Malaya terhadap 20 Perkara, tidak mungkin
mereka dapat menghisap sekian banyak hasil negara Sabah ke negara
Malaya. Yang demikian, penulis menjabarkan soalan, sama ada Sabah negeri
paling miskin di dalam Malaysia; atau Malaya yang menjadi komponen
negara termiskin di dalam Malaysia? Namun, Negara Malaya menjadi kaya
kerana telah menggigit tangan Malaysia Timur yang menyuapnya!
Justeru,
jika regim Malaya telah menghisap hasil Sabah, sehingga jatuh menjadi
negeri yang paling miskin di dalam Malaysia, melalui pengkhianatan
terhadap 20 Perkara yang menjadi hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia
1963, maka adalah menjadi tanggungjawab golongan professional dan
cendekiawan Sabahan untuk berhenti dari menjadi kuli dan barua kepada
parti-parti Malaya, di samping membina ‘esprit de corp’ atau semangat
berpasukan demi mendaulatkan 20 Perkara dalam Perjanjian Malaysia 1963
sebagaimana berikut :
DUA PULUH PERKARA ASAS PERSEKUTUAN MALAYSIA
PERKARA 1: AGAMA
Walaupun
tidak ada bantahan kepada ketetapan bahawa Islam sebagai agama rasmi
Malaysia, namun di Borneo Utara tidak ada agama rasmi Negeri, dan
peruntukan-peruntukan yang berkaitan dengan Islam di dalam Perlembagaan
Malaya sekarang ini tidak berkuatkuasa terhadap Borneo Utara.
PERKARA 2: BAHASA
(a) Melayu merupakan bahasa kebangsaan Persekutuan;
(b) Inggeris hendaklah terus digunakan, bagi tempoh 10 tahun selepas hari Malaysia.
(c) Inggeris hendaklah menjadi bahasa rasmi Borneo Utara bagi semua maksud Negeri atau Persekutuan, tanpa ada penghadan waktu.
PERKARA 3: PERLEMBAGAAN
Perlembagaan
Persekutuan Malaya sekarang diterima sebagai asas kepada Perlembagaan
Malaysia, bagaimanapun Perlembagaan Malaysia itu haruslah merupakan satu
dokumen yang baru sepenuhnya, didraf dan dipersetujui dengan adanya
persatuan bebas negeri-negeri dan bukannya satu siri pindaan kepada
Perlembagaan yang telah didraf dan dipersetujui oleh negeri-negeri
berasingan dalam keadaan yang berbeza sama-sekali. Satu Perlembagaan
baru bagi Borneo Utara, sudah tentu penting.
PERKARA 4: KETUA PERSEKUTUAN
Ketua Negeri di Borneo Utara tidak tertakluk untuk pemilihan dalam pilihan raya sebagai ketua Persekutuan.
PERKARA 5: NAMA PERSEKUTUAN
“Malaysia” dan bukannya “Melayu Raya”.
PERKARA 6: IMIGRESEN
Kuasa
Imigresen ke dalam mana-mana bahagian Malaysia dari luar haruslah
terletak pada tangan Kerajaan Pusat, tetapi kemasukan ke Borneo Utara
hendaklah juga mendapatkan kelulusan kerajaan Negara (Borneo Utara).
Kerajaan Persekutuan tidak boleh memberi kuasa kepada kemasukan seorang
ke Borneo Utara bagi maksud Kerajaan Negara kecuali atas dasar
keselamatan yang ketat. Borneo Utara haruslah mempunyai kuasa yang bebas
terhadap pergerakan seseorang, selain daripada mereka yang bekerja
dalam perkhidmatan Kerajaan Persekutuan, dari bahagian lain di Malaysia
yang memasuki dalam Borneo Utara.
PERKARA 7: HAK BERPISAH
Sepatutnya tidak ada hak untuk menarik diri dari Persekutuan.
PERKARA 8: BORNEONISASI
Pemborneosisasian perkhidmatan awam hendaklah dilaksanakan seberapa segera yang boleh.
PERKARA 9: PEGAWAI BRITISH
Setiap
usaha hendaklah dibuat untuk menggalakkan para pegawai British supaya
kekal di dalam perkhidmatan awam sehingga tempat mereka boleh diambil
alih oleh orang-orang Borneo Utara yang sesuai dan berkelayakan.
PERKARA 10: KEWARGANEGARAAN
Syor
di perenggan 148 (k) Laporan Suruhanjaya Cob Bold hendaklah meliputi
hak kewarganegaraan penduduk Persekutuan Borneo Utara tertakluk kepada
pindaan berikut:
(a) perenggan (i) tidak seharusnya mengandungi syarat mengenai permastautin lima tahun;
(b)
untuk dikaitkan dengan undang-undang kami, perenggan (ii) (a) hendaklah
berbunyi “tujuh daripada sepuluh tahun”, dan bukannya “lapan daripada
dua belas tahun”;
(c)
perenggan (iii) Kewarganegaraan ibu bapa tidak seharusnya mengandungi
sebarang penghadan - seseorang yang lahir di Borneo Utara selepas
Malaysia hendaklah menjadi warganegara Persekutuan.
PERKARA 11: TARIF DAN KEWANGAN
Borneo
Utara hendaklah mengekalkan kuasa mengawal ke atas kewangannya sendiri,
tabung pembangunan dan tarifnya sendiri, dan hendaklah mempunyai hak
untuk memungut cukai sendiri dan untuk mendapatkan pinjaman kredit
sendiri.
PERKARA 12: KEDUDUKAN KHAS KAUM ASLI
Pada
prinsipnya, kaum-kaum asli Borneo Utara hendahlah menikmati hak khusus
setanding dengan apa yang dinikmati oleh masyarakat Melayu di Malaya,
tetapi formula yang diamalkan di Malaya berhubung dengan perkara itu
sekarang ini tidak semestinya diamalkan di Borneo Utara.
PERKARA 13: KERAJAAN NEGERI
(a) Perdana Menteri (Prime Minister) hendaklah dipilih oleh ahli-ahli tidak rasmi Majlis Perundangan;
(b) Perlu wujud satu sistem kementerian yang betul di Borneo Utara.
PERKARA 14: TEMPOH PERALIHAN
Tempohnya
ialah tujuh tahun dan dalam tempoh itu kuasa perundingan hendaklah
terletak kepada Negeri Borneo Utara mengikut Perlembagaan dan bukan
setakat yang diamanahkan kepada kerajaan Negeri oleh Kerajaan
Persekutuan.
PERKARA 15: PENDIDIKAN
Sistem Pendidikan Borneo Utara yang sedia wujud hendaklah dikekalkan dan atas sebab ia haruslah terletak di bawah kuasa Negeri.
PERKARA 16: PERLINDUNGAN PERLEMBAGAAN
Tidak ada pindaan, pengubahasuaian atau penarikan semula yang harus dibuat terhadap mana-mana perlindungan khusus yang diberikan kepada Borneo Utara oleh Kerajaan Negeri Borneo Utara.
Kuasa
meminda Perlembagaan Negeri Borneo Utara harus dimiliki secara
eksklusif kepada rakyat di negeri ini. (Nota: Parti Bersatu, Parti
Demokratik dan Parti Pasok Momogun menganggap bahawa majoriti tiga
perempat diperlukan untuk melaksanakan apa-apa pindaan kepada
Perlembagaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri, manakala UNKO dan USNO
menganggap bahawa majoriti dua pertiga sudah mencukupi).
PERKARA 17: PERWAKILAN DALAM PARLIMEN PEREKUTUAN
Ini
harus mengambil kira bukan sahaja jumlah penduduk Borneo Utara tetapi
juga keluasan serta potensinya serta dalam apa hal sekalipun tidak
seharusnya kurang daripada perwakilan Singapura.
PERKARA 18: GELARAN KETUA NEGERI
Yang di-Pertua Negara.
PERKARA 19: NAMA NEGERI
Sabah / Sarawak.
PERKARA 20: TANAH, HUTAN, KERAJAAN TEMPATAN DAN LAIN-LAIN
Peruntukan
di dalam Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan kuasa Majlis Tanah
Negara tidak seharusnya tertakluk kepada Borneo Utara. Begitu juga
Majlis Tanah Negara bagi Kerajaan Tempatan tidak berkuatkuasa di Borneo
Utara.:)
PERJANJIAN BERKENAAN DENGAN PENUBUHAN MALAYSIA 1963
Perjanjian
berkenaan dengan penubuhan Malaysia antara United Kingdom of Great
Britain dan Northern Ireland, Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara,
Sarawak dan Singapura.
1. Kerajaan United Kingdom of Great Britain dan Northern Ireland,
2. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu,
3. Kerajaan Borneo Utara,
4. Kerajaan Sarawak dan
5. Kerajaan Singapura
United Kingdom of Great Britain dan Northern Ireland, Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura;
Oleh kerana hendak membuat suatu perjanjian berkenaan dengan Malaysia;
Bersetuju saperti di·bawah ini:
Perkara I
Tanah2
Jajahan Borneo Utara dan Sarawak dan Negeri Singapura hendak-lah
di-sekutukan dengan Negeri2 Persekutuan Tanah Melayu yang ada sekarang
sa-bagai Negeri Sabah, Negeri Sarawak dan Negeri Singapura mengikut
surat2 perlembagaan yang di-kembarkan kapada Perjanjian ini dan
Persekutuan itu kemudian daripada itu hendak-lah di-namakan « Malaysia
».
Perkara II
Kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu akan mengambil Iangkah2 yang sesuai dan yang
terbuka kapada-nya menentukan bahawa Parlimen Persekutuan Tanah Melayu
akan meluluskan suatu Undang2 mengikut chara yang di-tetapkan dalam
Kembaran A kapada Perjanjian ini, dan behawa Undang2 itu di-jalankan
kuat kuasa-nya pada 31 haribulan Ogos, 1963 (dan tarikh Undang2 tersebut
di-jalankan kuat kuasa-nya itu sa-lepas ini di-gelar « Hari Malaysia
»).
Perkara III
Kerajaan
United Kingdom akan menyembahkan ka-bawah Duli Yang Maha Mulia Baginda
Queen sa-belum Hari Malaysia Perentah2 dalam Majlis Meshuarat bagi
maksud menguat kuasakan Undang2 Tuboh Kerajaan Negeri2 Sabah, Sarawak
dan Singapura sa-bagai Negeri2 di-dalam Malaysia saperti yang
di-tetapkan dalam Kembaran2 B, C dan D kapada Perjanjian ini.
Perkara IV
Kerajaan
United Kingdom akan mengambil Iangkah2 yang sesuai dan yang terbuka
kapada-nya menentukan bahawa Parlimen United Kingdom akan meluluskan
suatu Undang2 supaya mulai daripada Hari Malaysia kedaulatan dan kuasa
Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen berthabit Negeri Borneo Utara,
Sarawak dan Singapura di-mansohkan, dan kedaulatan serta apa2 kuasa
tersebut hendak-lah di-serahkan mengikut Perjanjian ini dan surat2
perlembagaan yang di-kembarkan kapada Perjanjian ini.
Perkara V
Kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu akan mengambil Iangkah2 yang sesuai dan yang
terbuka kapada-nya supaya menentukan sa-belum Hari Malaysia bahawa
Parlimen Persekutuan Tanah Melayu akan meluluskan suatu Undang2 mengikut
chara yang di-tetapkan dalam Kembaran E kapada Perjanjian ini bagi
maksud meluas dan menyesuaikan Undang2 Imigeresen Tahun 1959,
Persekutuan Tanah Melayu, ka-Malaysia dan menambah isi2 kandongan
berkenaan dengan masok ka-Negeri2 Sabah dan Sarawak; dan isi2 kandongan
yang lain dalam Perjanjian ini hendak-lah bergantong kapada Undang2
tersebut itu diluluskan.
Perkara VI
Perjanjian
berkenaan dengan Pertahanan Luar Negeri dan Bantuan Bersama antara
Kerajaan United Kingdom dengan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu yang
bertarikh 12 haribulan Oktober, 1957, dan kembaran2-nya hendak-lah
berkuat kuasa di-semua wilayah Malaysia, dan apa2 sebutan dalam
Perjanjian itu kapada Persekutuan Tanah Melayu hendak-lah disifatkan
sa-bagai sebutan kapada Malaysia, terta’alok kapada sharat behawa
Kerajaan Malaysia akan memberi kapada Kerajaan United Kingdom hak
menggunakan lagi pengkalan2 dan Iain2 kemudahan yang pada masa ini
di-gunakan oleh pehak2 berkuasa Tentera-nya dalam Negeri Singapura dan
akan membenarkan Kerajaan United Kingdom menggunakan pengkalan2 dan
kemudahan2 itu sa-bagaimana yang di-fikirkan mustahak oleh Kerajaan itu
bagi maksud membantu dalam usaha mempertahankan Malaysia dan bagi
pertahanan Commonwealth dan bagi memelihara keamanan di-Asia Tenggara.
Perlaksanaan Perjanjian tersebut hendak-lah terta’alok kapada isi2
kandongan Kembaran F kapada Perjanjian ini (terutama-nya berkenaan
dengan tanah2 tentera di-Singapura).
Perkara VII
(1)
Persekutuan Tanah Melayu bersetuju bahawa Duli Yang Maha Mulia Baginda
Queen boleh sa-belum Hari Malaysia membuat Perentah2 Dalam Majlis
Meshuarat mengikut chara yang di-tetapkan dalam Kembaran G kapada
Perjanjian ini bagi maksud membuat peratoran bayaran2 sagu hati dan
faedah2 masa bersara kapada sa-tengah2 pegawai seberang laut yang
berkhidmat, sa-belum sahaja Hari Malaysia, dalam perkhidmatan ‘awam
Tanah Jajahan Borneo Utara atau Tanah Jajahan Sarawak.
(2)
Pada Hari Malaysia atau sa-berapa segera-nya Perjanjian2 Pegawai2
Kerajaan mengikut chara yang di-tetapkan dalam Kembaran2 H dan I kapada
Perjanjian ini hendak-lah di-tanda tangani bagi pehak Kerajaan United
Kingdom dan Kerajaan Malaysia; dan Kerajaan Malaysia hendaklah meminta
persertaan Kerajaan Negeri Sabah, Sarawak atau Negeri Singapura,
berkenaan dengan Kerajaan Malaysia menanda tangani Perjanjian itu
sa-takat mana sharat2 Perjanjian itu mengenai tanggong-jawab2 atau
kepentingan2 Kerajaan Negeri itu.
Perkara VIII
Kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu, Kerajaan Borneo Utara dan Kerajaan Sarawak
akan mengambil tindakan membuat Undang2, menjalankan kuasa atau Iain2
tindakan yang mustahak bagi melaksanakan jaminan2, pengakuan2 dan shor2
yang terkandong dalam Bab III dan Kembaran2 A dan B kapada Penyata
Jawatan Kuasa Antara Kerajaan yang di-tanda tangani pada 27 haribulan
Februari Tahun 1963, sa-takat mana jaminan2, pengakuan2 dan shor2 itu
tiada di-laksanakan dengan isi2 kandongan yang tertentu dalam
Perlembagaan Malaysia.
Perkara IX
Isi2
kandongan Kembaran J kapada Perjanjian ini berthabit pasaran bersama
dan peratoran kewangan hendak-lah menjadi Perjanjian antara Kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan Singapura.
Perkara X
Kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu dan Kerajaan Singapura akan mengambil tindakan
membuat Undang2 menjalankan kuasa atau Iain2 tindakan yang mustahak
bagi melaksanakan atoran2 berkenaan dengan siaran radio dan television
yang di-tetapkan dalam Kembaran K kapada Perjanjian ini sa-takat mana
atoran2 itu tiada di-laksanakan dengan isi2 kandongan yang tertentu
dalam Perlembagaan Malaysia.
Perkara XI
Perjanjian
ini hendak-lah di-tanda tangani dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu
kechuali Kembaran2-nya ada-lah di-dalam bahasa Inggeris sahaja. Jika
ada persalahan faham maka naskhah bahasa Inggeris hendak-lah di-gunakan.
BAGI
MENYAKSIKAN Perjanjian ini, yang menanda tangan di-bawah ini dengan
mendapat kuasa berbuat demikian, telah menanda tangan Perjanjian ini.
DI-PERBUAT
di-London pada sembilan haribulan July, tahun 1963 sabanyak lima
naskhah, satu naskhah daripada-nya hendak-lah di-simpan oleh tiap2 Pehak
yang membuat Perjanjian ini.
Bagi pehak United Kingdom:
[HAROLD MACMILLAN]
[DUNCAN SANDYS]
[LANSDOWNE]
Bagi pehak Persekutuan Tanah Melayu:
[T. A. RAHMAN]
[ABDUL RAZAK]
[TAN SIEW SIN]
[V. T. SAMBANTHAN]
[ONG YOHE LIN]
[S. A. LIM]
Bagi pehak Borneo Utara:
[DATU MUSTAPHA BIN DATU HARUN]
[D. A. STEPHENS]
[W. K. H. JONES]
[KHOO SIAK CHIEW]
[W. S. HOLLEY]
[G. S. SUNDANG]
Bagi pehak Sarawak:
[P. E. H. PIKE]
[T. JUGAH]
[ABANG HAJI MUSTAPHA]
LING BENG SIEW
[ABANG HAJI OPENG]
Bagi pehak Singapura:
[LEE KUAN YEW]
[GOH KENG SWEE]
|
18 ulasan:
perkara 20 adalah perkara yang boleh menjaga hak2 dan kepentingan Sabah, ia harus dilaksanakan sepenuhnya.
jadi mari bersama kita perjuangkan perkara 20.
Hopefully the Sabah state government will continue to work hard to lead Sabah towards a high income state in 2020.
http://sabah-go-green.blogspot.com/
The high amount of illegal immigrants in the state is also one of the reason why Sabah is poorest.
http://dialograkyat.blogspot.com/2012/06/sabah-miskin-angkara-pengkhianatan.html
Kita perlu tahu status sebenar perjanjian 20 Perkara ni memandangkan Singapura dan Brunei sudah keluar dari Malaysia.
PATI, gaji rendah dan sumber hasil bumi Sabah seperti minyak dan gas hanya mendapat untung 5% adalah antara beberapa punca kemiskinan.
Kebanjiran PATI di Sabah memang membawa pelbagai masalah. Kemasukan mereka ke sini sepatutnya dikawal dari awal. Mereka beranak-pinak dengan cepat dan membiarkan anak2 mereka berkeliaran saja di kawasan pekan dan bandar.
Polisi Kabotaj perlu dikaji semula di Sabah.
yang perlu diselesaikan terlebih dahulu ialah kebanjiran PATI/PATAI/pojek IC/IMM13 di sabah yang mana dilabelkan sebagai 'ibu segala masalah di sabah'..
sabah semakin membangun di bawah pentadbiran kerajaan BN negeri yang diterajui oleh musa aman..
apa2 pun, hak sabah harus dipertahankan..
Semoga masalah mengenai kemiskinan di Sabah ini akan diambil perhatian oleh Kerajaan Negeri dan Pusat.
negara lain tidak perlu ada 20 perkara untuk maju.. cukup sekadar rakyat dia berusaha meningkatkan taraf hidup masing2 tanpa perlu menunggu atau mengharapkan bantuan..
bila rakyat kaya, pembangkang akan cakap itu adalah hasil usaha rakyat sendiri.. kalau rakyat miskin, pembangkang cakap semuanya salah BN..
Chief Minister Datuk Seri Musa Aman assured the people that the state government would continue to work harder towards achieving equitable development, giving opportunities to everyone to enjoy the fruits of their labour.
Despite uncertainties in the global economy, the government will continue its efforts to ensure the state’s economy is managed efficiently, effectively and sustainably through sound policies, programmes and initiatives.
He said in ensuring the success and the achievement of the objectives of the 2012 Budget, the strong support of the people was crucial, thus the need for closer collaboration and cooperation among all parties in the effort to prosper the state.
“We are mindful that the government is confronted with various challenges and obstacles in carrying out its responsibilities.
Catat Ulasan