Timbalan
Perdana Menteri yang sedang dalam rangka lawatan ke negeri Perak hari
ini meluluskan peruntukan RM3 juta untuk membina semula Pasar Minggu
Changkat Jering di tapak yang baru di Taiping ketika melakukan tinjauan
mesra di pasar itu hari ini.
Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat keputusan itu dalam tempoh yang singkat selepas anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Trong Datuk Rosli Husin memohon bagi peruntukan membina semula pasar minggu yang berusia lebih 100 tahun dan dipercayai tertua di negara ini.
Rosli kemudiannya mengumumkan kelulusan daripada Muhyiddin itu melalui pembesar suara di pasar itu dan mendapat tepukan gemuruh golongan peniaga serta hadirin yang hadir.
Pada tinjauan mesra itu, Muhyiddin, yang tiba pada 9.40 pagi, ditemani Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan pemimpin tempatan bersarapan bersama-sama rakyat setempat dengan menikmati pelbagai juadah antaranya nasi lemak, sate, kuih tempatan dan teh tarik.
Beliau melawat pasar berkenaan selama sema sambil bertanya khabar masyarakat peniaga di situ sebelum bergerak untuk menghadiri Program Jelajah Janji Ditepati di Advance Technology Training Centre (ADTEC), Kamunting di Taiping.
Pasar yang dimiliki Koperasi Pasar Minggu Changkat Jering Bhd ini mula beroperasi seawal tengah hari pada Sabtu hingga ke malam dan berakhir tengah hari Ahad setiap minggu.
Pasar Minggu Changkat Jering terletak di antara Kuala Kangsar dan Taiping, hanya 1 kilometer dari plaza tol Changkat Jering, Lebuhraya Utara-Selatan.
Lebih 100 peniaga yang terdiri daripada anggota koperasi menjana pendapatan daripada perniagaan antaranya pelbagai jenis makanan tempatan, kraftangan dan hasil tanaman kampung di pasar minggu yang terkenal itu.
Peruntukan akan digunakan untuk memberi keselesaan kepada peniaga dan pengunjung pasar berkenaan di samping mampu menyelesaikan masalah yang dihadapi seperti tempat letak kenderaan yang terhad.
Sementara itu, Setiausaha koperasi berkenaan Yahya Mohd Yusuf melahirkan rasa syukur dengan kelulusan yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri itu dan ia akan memberi manfaat yang lebih baik kepada golongan peniaga di situ.
"Timbalan Perdana Menteri pernah datang ke sini tapi tiada pengumuman yang besar seperti hari ini. Lebih 100 peniaga meraih rezeki di sini," katanya.- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan