MSTAR ONLINE
Ketua Setiausaha KDN, Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi dalam satu kenyataan berkata Panel Penasihat Bebas wajar diberikan ruang dan masa secukupnya bagi membuat penilaian ke atas setiap rakaman tersebut.
Justeru, katanya KDN akan mengambil maklum setiap pandangan dan nasihat daripada panel itu yang akan mengadakan mesyuarat Isnin ini.
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata KDN akan memuat naik rakaman video perhimpunan tersebut dalam laman web kementerian itu hari ini untuk dilihat dan dinilai sendiri oleh orang ramai.
Katanya langkah kementerian menunjukkan rakaman yang diperoleh daripada pelbagai pihak itu bertujuan membolehkan orang ramai mendapat perspektif sebenar tentang kejadian dalam perhimpunan itu.
Pada 9 Mei lalu kerajaan mengumumkan penubuhan Panel Penasihat Bebas yang diketuai bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar bagi menjalankan siasatan serta mendapatkan butir terperinci mengenai rusuhan pada perhimpunan tersebut. - BERNAM
Tiada ulasan:
Catat Ulasan