Khamis, 7 Jun 2012

27 kenderaan, 2 rumah setinggan musnah terbakar

HIDAYAH HAIROM

 27 kenderaan, 2 rumah setinggan musnah terbakar
Anggota bomba mendapatkan penjelasan daripada saksi di tempat kejadian.
 
 
KUALA LUMPUR - Dua rumah setinggan  dan 27 kenderaan musnah dalam kebakaran di tapak bengkel Jalan Usahawan di Setapak di sini, awal pagi tadi, dipercayai berpunca daripada ubat nyamuk.

Kejadian tersebut disedari salah seorang penghuni warga emas, Choi Wei Chin, 63.

Wei Chin yang sudah lebih 40 tahun menetap di kawasan itu berkata, sebaik menyedarinya, dia memanggil penghuni lain iaitu pekerja bengkel warga Myanmar yang tinggal di rumah yang sama.

"Saya cuba memadam api dan ketika itu tangan saya turut terkena api," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Setapak, Suki Anuar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 6.22 pagi.

Katanya, empat jentera bomba, dari balai Setapak, Jelatik, Chow Kit, dan Hang Tuah, dengan kekuatan 26 anggota,  bergegas ke lokasi kejadian.

"Ketika tiba, api sedang marak namun berjaya di kawal pada jam 7.12 pagi sebelum dapat dipadamkan sepenuhnya kira-kira 30 minit kemudian," katanya.

Tiada ulasan: