KEADILAN DAILY
KUALA LUMPUR: Rafizi Ramli mengumumkan peletakan jawatan sebagai Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor.Perkara itu dimaklumkan Pengarah Strategi KEADILAN itu dalam twitternya petang tadi.
“Saya telah beri notis letak jawatan dari Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor. Sbarang pertanyaan mengenai ekonomi Selangor dan lain-lain, rujuk kerajaan negeri,” katanya.
Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor diterajui Ketua Umum KEADILAN, Datuk Sri Anwar Ibrahim sebagai penasihat.
Rafizi pula menyandang jawatan itu sejak 2009 lalu.
Dalam tulisan lanjut di twitternya, beliau berkata, belum membuat sebarang perancangan, namun mahukan rehat dan menumpukan kepada ibadah sempena bulan Ramadhan ini.
“Letak jwtn proses biasa. Perlu sedikit rehat, letih buat dua kerja di kerajaan negeri & parti. Ramadhan dah dekat, tumpu ibadah,” katanya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan