Ahad, 3 Jun 2012

Radio anti-Taib sahkan DJ bersembunyi

MALAYSIA KINI
 
 
 
Radio Free Sarawak hari ini berkata, pihaknya percaya seorang penyampainya Peter John Jaban sedang bersembunyi kerana bimbang ditahan oleh polis untuk disoal siasat.

Menurut stesen anti ketua menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud itu, walaupun masih tiada sebarang khabar daripada Jaban, mereka mendapat maklumat penyampai itu sedang bergerak bebas di Miri.

Jaban yang menggunakan nama Papa Orang Utan mengambi tindakan itu secara sukarela selepas ditakutkan dengan sesi soal jawab di lapangan terbang Kota Kinabalu sebelum ini, kata RFS dalam kenyataannya.

Jaban pada Khasmis tiba di lapangan terbang Miri yang menyaksikan kehadiran ramai anggota polis.

Peguamnya bagaimanapun berjaya membawanya pergi kerana pasukan keselamatan tidak menerima sebarang arahan berhubung apa yang perlu dilakukan.

Tiada ulasan: