KUALA LUMPUR— Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar (gambar)
hari ini mengumumkan Putrajaya dijangka akan memperkenalkan insurans
pertanian bagi membantu para petani untuk melindungi hasil tanaman
mereka daripada ancaman iklim dan bencana alam yang tidak menentu.
Dalam sidang media kepada pemberita hari ini, Noh menjelaskan, insurans tersebut perlu dilaksanakan kerana kerajaan jelasnya telah membelanjakan jumlah yang besar dengan nilai hampir RM 1 Billion sejak 2007 bagi membantu pesawah yang ditimpa musibah bencana alam.
“Kementerian akan perkenalkan insuran pertanian bagi membantu petani yang mengalami kerugian akibat bencana alam dengan iklim yang tidak menentu sekarang ini.
“Kita sudah serahkan kepada Kabinet untuk melaksanakan “pilot test” terhadap pesawah, bagaimanapun, Kabinet meminta kementerian untuk mengkaji dengan lebih terperinci dan kemungkinan insurans tersebut juga akan turut disediakan kepada tanaman lain,” katanya.
Menurut Noh, pihaknya diberikan tempoh dua minggu bagi menyelesaikan perkara itu dan perbincangan masih lagi sedang dijalankan dengan Kementerian Kewangan dan Bank Negara.
Setakat empat tahun lalu, melalui bantuan subsidi dan wang ehsan, Noh turut menjelaskan, kerajaan telah memperuntukkan hampir RM 1 Bilion untuk membantu petani.
“Bagaimanapun, jumlah itu tidak mampu menampung kos sebenar petani.”
Beliau turut menyelar pembangkang, terutamanya PAS, yang telah mengemukakan Resolusi Himpunan Hijau Pesawah di Bagan Serai yang mendesak kerajaan supaya menambah 50 peratus subsidi untuk golongan berkenaan.
“Himpunan tersebut telah mengemukakan lapan resolusi, dan antaranya adalah menuntut kerajaan mewujudkan insurans pertanian. Saya ingin menegaskan, kerajaan telah memulakan kajian mendalam terhadap insurans pertanian ini sejak 2010, bukan berdasarkan resolusi mereka.
“Selain itu, mereka turut meminta tambahan 50 peratus subsidi untuk padi. PAS tidak faham, setiap tan padi, kerajaan belanjakan RM248.10 untuk subsidi, itu pun PAS minta tambah.
Jelas Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor ini lagi, kerajaan BN bukan sekadar hanya memberikan subsidi untuk meningkatkan hasil padi, sebaliknya turut memberikan insentif galakan kepada petani untuk berusaha meningkatkan produk pertanian mereka.
“Kerajaan belanja RM500 juta setahun untuk subsidi padi. Subsidi kita tetap beri, tapi insentif akan diberikan untuk menggalakkan petani berusaha meningkatkan hasil pertanian mereka.
“Setiap tan yang dapat ditingkatkan, kerajaan bayar RM650 per metrik tan. Melalui pendekatan hasil padi ini sahaja, yang diperkenalkan pada 2007, kerajaan sudah membelanjakan RM400 juta, campur dua-duanya, hampir RM1 bilion,” tegasnya lagi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan