Mereka terdiri penduduk sekitar dan peniaga yang mula berada di kawasan pasar itu sejak pukul 10 pagi membawa sepanduk bertulis perkataan menyatakan rasa tidak puas hati terhadap Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR) yang membenarkan penjualan daging berkenaan di situ.
Kesemua mereka kemudian menurunkan tanda tangan pada surat bantahan yang dijangka diserahkan kepada Yang Dipertua MDSR, esok.
Pengerusi penganjur kumpulan tersebut, Zainudin Ilyas berkata kedudukan pasar itu hanya 6.8 meter dari pasar awam dengan demikian tidak sesuai sekaligus menyentuh sensitiviti peniaga dan pembeli beragama Islam.
"Buat masa ini pembukaan pasar itu masih ditangguhkan oleh MDSR setelah menerima teguran penduduk.
"Kami tidak mahu bukan hanya ditangguhkan sebaliknya hendaklah dibatalkan terus kerana akan mendatangkan banyak masalah. Pasar itu bersebelahan pula dengan pasar menjual ayam," katanya ketika ditemui pemberita.
Zainudin berkata pihaknya mahu pasar babi sedia ada di Kampung Baru Cina kira-kira 500 meter dari Pasar Awam itu dinaiktaraf untuk kemudahan beberapa peniaga supaya tidak perlu berpindah ke tempat baru.
Sementara itu, Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Simpang Renggam, Ismail Md Nor berkata pihaknya tidak bersetuju dengan langkah MDSR itu dan berharap pembukaan pasar berkenaan dibatalkan tambahan pula ada bantahan.
Seorang kontraktor, Abdul Rashid Rabu, 51, yang tinggal di Taman Mohd Yassin sejak 30 tahun lepas memberitahu bangunan pasar babi itu tidak dibina mengikut spesifikasi dan tidak tertutup.
"Ianya betul-betul bersebelahan dengan pasar menjual ayam dan boleh didicemari lalat dan berbau," katanya. - Bernama
1 ulasan:
Yang luluskan ahli Majlis UMNO dan yang bantah pun ahli UMNO. Kelakar. Sejak bila UMNO pandai berdemo
Catat Ulasan