Ahad, 3 Jun 2012

Pembangkang Jangan Mainkan Isu RCI

MSTAR ONLINE


KOTA KINABALU: Pembangkang diminta tidak menghangatkan keadaan berhubung pengumuman kerajaan persekutuan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menangani masalah pendatang asing tanpa izin di Sabah dengan tujuan untuk meluaskan pengaruh politik.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman berkata permintaan tersebut dibuat oleh parti komponen Barisan Nasional (BN) termasuk Umno dan pihak pembangkang di negeri ini.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, beliau mengalu-alukan pengumuman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu yang membuktikan bahawa kerajaan BN pimpinan Najib adalah sebuah kerajaan yang mendengar pandangan rakyat.

Musa berkata kerajaan negeri akan meluaskan lagi terma rujukan dalam membantu penubuhan suruhanjaya siasatan tersebut.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Jahid Jahim berkata pengumuman Perdana Menteri itu menunjukkan bahawa kerajaan bersikap serius dalam melindungi keselamatan rakyat terutama di Sabah.

Beliau berkata Sabah sudah begitu lama menghadapi kebanjiran imigran haram dan isu dokumentasi ini yang hampir menghapuskan harapan serta keyakinan rakyat di negeri ini terutamanya belia terhadap kerajaan dalam mencari penyelesaian terhadap isu tersebut.

"Tetapi sejak Najib memimpin negara ini, semua usaha telah dijalankan bermula dengan program 6P bagi pendatang asing tanpa izin (5P di Sabah) dan sekarang menerusi penubuhan RCI pula.

"Ia sememangnya hadiah Kaamatan terbaik untuk rakyat di Sabah," katanya. BERNAMA

24 ulasan:

mantera berkata...

pembangkang sering mainkan isu RCI, mengatakan kerajaan tak ingin tubuhkan RCI, Najib dah umumkan bahawa dia setuju dgn penubuhan RCI.

Jason berkata...

If im not mistaken, RCI TOR is still under review by the government, it is just matter of time that the pm will announce the set up of RCI in sabah.

thinaj berkata...

The opposition is taking advantage of this RCI matter to make the people go against the government.

atasagar berkata...

harap ada berita baik mengenai TOR yang sedang dirumuskan
oleh pihak Najib

atasagar berkata...

nampaknya kerajaan memang prihatin akan masalah PTI yang dihadapi oleh Sabah

atasagar berkata...

sudah lama rakyat Sabah menyatakan hasrat mereka untuk melihat RCI dilaksanakan sebelum GE13

atasagar berkata...

sememangnya RCI merupakan isu yang paling 'panas' dan tiada kesudahan di Sabah

atasagar berkata...

semoga permintaan rakyat Sabah ini termakbul

Tanpa Nama berkata...

Tidak dapat halang pembangkang daripada memainkan isu RCI tetapi pembangkang pun seeloknya beri cadangan bagaimana untuk atasi masalah PATI di Sabah daripada hanya tahu mengkritik.

Tanpa Nama berkata...

Sudah lama penubuhan RCI dinantikan untuk menyiasat isu projek ic di Sabah. Diharapkan siasatan akan dijalankan dengan penuh amanah dan bebas daripada seebarang manipulasi.

Sanih Alias berkata...

Pembangkang sengaja mengulang isu yang diperjuangkan oleh kerajaan. Pembangkang cuma tahu buat seperti itu. RCI telah diusulkan oleh BN tapi pembangkang cuba mengambil isu ini semula untuk kepentingan politik mereka.

Mumbai berkata...

seperti yang dijangka.. jika Najib berani laksanakan pembaharuan seperti penggunaan dakwat kekal, pemansuhan ISA, penubuhan PSC dan sebagainya, tidak mustahil beliau juga berani menubuhkan RCI untuk Sabah.. semua ini hanya berlaku diera pentadbiran Najib walaupun baru tiga tahun mengambil alih tampuk pemerintahan negara..

drako drakonius berkata...

Barisan Nasional’s (BN) publicity & information bureau must be prepared to counter the opposition’s lies and allegations so that the people will not be cheated by those who are desperate to topple the government.

drako drakonius berkata...

Chief Minister Datuk Seri Musa Haji Aman, who is also Sabah BN and Umno chief, said the bureau should always equipped itself with knowledge and ability to explain to the people about the government’s policies and promises fulfilled by the party.

drako drakonius berkata...

The publicity and information bureau is the BN’s font liner in disseminating accurate information to the people at the grassroot.

drako drakonius berkata...

All the allegations or issues raised by the opposition, who will constantly try to confuse the people must be countered with the correct information.

drako drakonius berkata...

Musa said clear and accurate information given to the people, especially in Sabah, would ensure continuous support for all the efforts taken by the BN-led government.

drako drakonius berkata...

And, he also said the people of Sabah knew how to show their gratitude to the government, especially when their needs and wellbeing were being taken care of.

drako drakonius berkata...

It is warranted that gratitude are to be expressed to Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak for his continuous ideas to ease the people’s burden.

drako drakonius berkata...

This is an example of a caring government and a leader who is concerned about the wellbeing of the people

drako drakonius berkata...

Meanwhile, Deputy Minister in the Prime Minister’s Department Datuk Ahmad Maslan, who is also Umno Information chief, hoped that all publicity and information chiefs at the divisional levels, would make optimum use of the face-to-face, print, digital and electronic media in disseminating information to the people.

drako drakonius berkata...

“This can be done now. We don’t have to wait for general election because we have enough evidence on the success stories created by the BN government.

drako drakonius berkata...

“We just need to remind the people again and again so that they will not fall victim to empty promises given by the opposition,” he explained.

drako drakonius berkata...

Also present at the briefing session were Sabah Umno secretary Datuk Yahya Hussin, information chief Datuk Sapawi Ahmad, Sabah Umno Wanita chief Datuk Armani Mahiruddin and other State BN leaders.