Sabtu, 2 Jun 2012

Pati di Sabah: Kabinet bentuk suruhanjaya diraja

SINAR HARIAN

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menangani masalah berkaitan pendatang asing tanpa izin di Sabah, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Beliau berkata, kerajaan komited untuk menangani isu itu yang menurutnya mampu menjejaskan kesejahteraan dan keharmonian rakyat Sabah.

"Adalah diharapkan warga negeri Sabah akan mengambil manfaat daripada penubuhan RCI ini dan bersama-sama Kerajaan dalam mencari strategi dan pendekatan terbaik bagi menangani masalah berkaitan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Najib berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pandangan semua pihak.

"Jabatan Peguam Negara telah diamanahkan untuk mengemukakan cadangan Terma Rujukan (TOR) dan draf asas telah disediakan.

"Bagi memastikan perjalanan RCI kelak mengambil kira pandangan semua pihak, saya telah meminta Jabatan Peguam Negara untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas daripada semua pihak berhubung draf awal TOR sebelum ia dimuktamadkan," katanya.

Perdana Menteri berkata, penubuhan RCI tersebut merupakan manifestasi iltizam kerajaan dalam menjunjung prinsip keluhuran perlembagaan dan kedaulatan undang-undang.

Dilaporkan, jumlah pendatang asing tanpa izin di Sabah dianggarkan menjangkau 500,000 orang. - Bernama

20 ulasan:

mantera berkata...

kerajaan dah setuju dgn pembentukan RCI, moga dgn ini, masalah PATI di Sabah akan berakhir.

Tanpa Nama berkata...

Segerakan TOR itu dan mulakan siasatan secepat yang mungkin.

Tanpa Nama berkata...

Masalah PATI tidak akan berakhir. Negara lain juga mengalami masalah yang sama tapi bezanya, kemasukan PATI dikawal dengan ketat.

aku baini berkata...

ramai yang menyatakan kebimbangan mereka jika RCI tidak dilaksanakan, kerana tanpanya, PRU tidak akan berlaku adil dan tidak akan ada masa depan lagi bagi Sabah

aku baini berkata...

sememangnya RCI merupakan isu yang paling 'panas' dan tiada kesudahan di Sabah

aku baini berkata...

sememangnya rakyat Sabah telah menyatakan keinginan mereka untuk melihat RCI dilaksanakan sebelum GE13

aku baini berkata...

sememangnya kerajaan prihatin akan masalah PTI yang dihadapi oleh Sabah..

aku baini berkata...

harap ada berita baik mengenai TOR yang sedang dirumuskan oleh pihak Najib

Sanih Alias berkata...

PM Datuk Najib akan mengumumkan penubuhan RCI tidak lama lagi. Kita harap berita gembira ini akan dapat menyelesaikan masalah yang dihadapai di Sabah.

Mumbai berkata...

akhirnya diumumkan juga setelah didesak berkali2 oleh pemimpin2 pembangkang sabah.. sebenarnya, tampa desakan pemimpin2 pembangkang pun, PM tetap akan umumkan RCI..

drako drakonius berkata...

The government has agreed to set up a royal commission of inquiry (RCI) to investigate problems related to illegal immigrants in Sabah, Prime Minister Najib Abdul Razak announced recently.

drako drakonius berkata...

This is indeed a positive indicator that the government was committed to resolving the issue as it could affect the well-being of the people of Sabah.

drako drakonius berkata...

Sabahans OUGHT to take advantage of this RCI and together with the government find the strategies and best approaches to tackle the problems concerned.

drako drakonius berkata...

It's not suprise since our nation's democracy is modeled after the Westminster system. Therefore it is not a not a new concept with respect to the Royal Commission.

drako drakonius berkata...

It is a major ad-hoc formal public inquiry into a defined issue but restricted to the "Terms of Reference" of the Commission. The Royal Commission "act in the stead of the Sovereign to grant Royal Assent to legislation passed by Parliament".

drako drakonius berkata...

The question of the efficiency if this Royal Commission is still too early to determined due to the a fact that the Royal Commission of being restricted by the Term Of Reference. Until this TOR has been finalized, one can only speculate, just as before before the anouncement of the RCI.

drako drakonius berkata...

Prior to this, Pairin and other KDM leader share a common concern over this matter and continuously push for this matter within the State Cabinet up to the Federal Administration.

drako drakonius berkata...

The way I see it, This RCI is not a definite solution to the question of illegal immigrants; but I believe that this RCI serves to look into the issue that concerns it.

drako drakonius berkata...

Hopefully with the findings of this form of public inquiry, it will have a significant impact on policy as well as action plans burrently undertaken both by state and federal level to handle this question.

drako drakonius berkata...

Apart from that dealing, I believe when handling with this question, our actions MUST be in accordance with the 'rules of engagement that has been set up by the UN.