PAHANG DAILY
TEMERLOH - Gara-gara memberanikan diri untuk berdebat dengan Salahuddin Ayub malam tadi, kini heboh diperkatakan oleh penyokong UMNO Temerloh bahawa nama Datuk Saifuddin Abdullah (foto) bakal
digugurkan sebagai calon parlimen itu pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini
nanti.
Sebelum ini, desas-desus mengatakan nama Saifuddin tidak lagi
akan tersenarai sebagai calon BN bagi kerusi parlimen itu memang sudah
hangat kedengaran.
Di fahamkan, terdapat usaha-usaha pihak tertentu
dalam UMNO Bahagian Temerloh
untuk menjatuhkan Saifuddin kerana mereka tidak suka seorang pemimpin
yang berpendirian terbuka seperti beliau.
Malah, ada info dari Temerloh
yang mengatakan usaha untuk menganyang Saifuddin kini melibatkan
pimpinan tertinggi UMNO bahagian terbabit termasuk Ketua Bahagiannya. Dato' Sharkar Samsuddin.
Banyak majlis-majlis Saifuddin kini dicuri oleh Sharkar, termasuk semasa merasmikan projek jambatan gantung yang menyeberangi Sungai Temerloh baru-baru ini.
Program yang asalnya melibatkan Saifuddin selaku Ahli Parlimen telah ditukar oleh Sharkar atas kapasiti Ketua UMNO Bahagian. Sharkar merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Lanchang dan Exco Kerajaan Negeri Pahang
sekarang.
Persoalannya, jika benar Saifuddin mahu diketepikan gara-gara
sikap yang beliau tunjukkan, maka UMNO sebenarnya menjerat diri mereka
sendiri dalam menghadapi PRU-13 nanti.
[Apa yang jelas dapat dilihat, debat yang disiarkan secara langsung dan disaksikan oleh jutaan rakyat Malaysia malam tadi jelas sekali menggambarkan amalan demokrasi sebenarnya yang sepatutnya diamalkan oleh kerajaan UMNO BN bersama media arus perdana mereka.
Dengan berdebat maka rakyat dapat menilai segala hujjah-hujjah yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak baik wakil kerajaan atau pun pembangkang.
Namun anehnya, kerajaan mengatakan negara ini demokrasi tetapi amalan sebegini tidak mahu disuburkan. Maka, apa makna demokrasi itu agaknya?.
Dalam debat malam tadi, jelas sekali Saifuddin gagal menggunakan ruang terbuka untuk memberi hujjah yang berkualiti. Beliau lebih banyak mengelakkan menjawab beberapa persoalan atas alasan tidak mahu lari tajuk.
Akibatnya imej beliau kini tercalar di mata rakyat dan Saifuddin seharusnya membuat keputusan untuk bersama rakyat dalam perjuangan yang berbeza dari apa yang dilalui sekarang.
Beliau tidak sesuai duduk di dalam UMNO kerana jiwanya memberontak. Maka, jika UMNO Temerloh membuang beliau sekali pun, rasanya Pakatan Rakyat bila-bila masa akan menerima Saifuddin kerana beliau lebih sesuai berada dalam perjuangan parti itu.
Saifuddin Abdullah perlulah membuat keputusan segera demi menyelamatkan masa depan karier politik beliau sekarang ini].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan