KOSMO
ALOR SETAR — Muzium Negeri Kedah mensasarkan kehadiran 100,000 pengunjung ke Pameran Ular ”Bisa dan Berbisa” yang dilanjut sehingga 30 Jun ini.
Pengarahnya, Suhaidi Shukri berkata, sejak bermula 6 Mei hingga 6 Jun lepas, pameran itu berjaya menarik kira-kira 60,000 pengunjung untuk datang menyaksikan lebih 100 spesis ular.
Sambutan menggalakkan itu mendorong muzium melanjutkan pameran yang sepatutnya berakhir pada 6 Jun lepas, katanya pada sidang media, di sini hari ini.
"Saya difahamkan 70 peratus daripada jumlah itu adalah pelajar sekolah dari seluruh negara menerusi rombongan sekolah sempena cuti sekolah manakala selebihnya pengunjung yang membawa keluarga pelbagai peringkat usia,” katanya.
Pameran julung kali dianjur muzium itu hasil kerjasama syarikat pemilik dan penjinak ular bertujuan memberi pengetahuan dan pendidikan kepada orang ramai mengenai jenis dan keluarga ular serta memberi pertolongan cemas jika dipatuk reptilia tersebut.— BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan