Isnin, 4 Jun 2012

Media bebas: MCA tak layak tuding jari

Susan Loone


 
MCA tidak layak melaungkan perjuangan kebebasan media kerana parti itu sendiri mempunyai kepentingan dalam beberapa media dan diketahui umum menggunakan pengaruh politik terhadap keputusan dan liputan berita, kata ahli majlis DAP.

Ahli Majlis Perbandaran Pulai Pinang (MPPP) Ong Ah Teong berkata, dengan kawalan politik dan kewangan, MCA tidak menghormati prinsip asas tidak campur tangan dalam perjalanan media.

NONE"Saya rasa pelik apabila MCA bercakap tentang kebebasan media apabila ia memiliki akhbar dan agensi berita.

"Ini jauh lebih teruk daripada melarang beberapa wartawan daripada menghadiri acara, yang merupakan pilihan peribadi," katanya.

MCA melalui cabang pelaburannya Huaren Holdings menguasai beberapa media mapan, termasuk harian berbahasa Inggeris The Star.

Bernama melaporkan Utusan Malaysia dan New Straits Times dihalang daripada membuat liputan operasi penguatkuasaan kebersihan Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut dan MPPP di Batu Ferringhi pada 31 Mei.

Ong bagaimanapun sehari selepas itu menafikan laporan itu dengan berkata tidak pernah ada pekeliling seumpama itu.

Beliau juga bertanya sama ada agensi berita berkenaan telah "mencipta dasar baru" untuk kerajaan negeri.

Tiada ulasan: