Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur hari ini memberi kebenaran kepada pelajar
Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) Adam Adli Abdul Halim untuk
mencabar keputusan universiti tersebut yang menggantung pengajiannya
selama tiga semester.
Hakim Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Abang Iskandar Abang Hashim membenarkan permohonan itu selepas mendengar hujah
peguam Fadiah Nadwa Fikri dan Afiq M Noor secara tertutup dalam kamar.
"Hakim membenarkan permohonan ini selepas mendapati ia tidak leceh
(frivolous) dan ada merit," kata Fadiah sewaktu bercakap kepada
pemberita di luar mahkamah.
Tambahnya lagi, tarikh untuk kes itu didengar akan dimaklumkan mahkamah kemudian.
Adam Adli (atas) yang terkenal kerana menurunkan bendera Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak di PWTC di ibu negara semasa demontrasi pelajar pada 17 Disember tahun lalu digantung pengajiannya bermula 8 Mac.
Jika keputusan penggantungannya kekal, siswa tersebut hanya akan dibenarkan menyambung semula pengajiannya sekitar September 2013.
UPSI pada 9 Januari lalu memutuskan untuk menggantung pengajian Adam Adli atas tuduhan mencemarkan nama baik institusi tersebut.
Tarikh didengar belum ditentukan
Menurut Fadiah, permohonan itu dibuat atas alasan, antaranya hukuman yang dikenakan tidak setimpal dengan tindakan Adam Adli.
Malah, katanya, Adam Adli juga dinafikan hak membela diri apabila tidak diberikan surat tunjuk sebab sebelum dipanggil menghadiri perbicaraan di hadapan jawatankuasa tatatertib UPSI.
"Hukuman yang dikenakan juga pada pandangan kami bertentangan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan yang melindungi hak seseorang untuk freedom of expression (kebebasan menyatakan pendapat)" katanya.

Jawatankuasa Rayuan Tatatertib Pendidikan UPSI dinamakan sebagai responden pertama dan UPSI dinamakan sebagai responden kedua dalam permohonan itu, kata Fadiah (atas).

Tiada ulasan:
Catat Ulasan