Mangsa turut dipukul sehingga patah tangan kiri dan dicucuh puntung rokok di beberapa bahagian badan oleh jiran terbabit yang mendakwa dia seorang rakannya mencuri besi buruk miliknya.
Nenek mangsa yang enggan dikenali berkata, kejadian yang berlaku pada 13 Jun lalu itu bermula apabila cucunya diajak seorang anak jiran menemaninya ke kedai berdekatan.
“Tiba-tiba salah seorang jiran kami datang meluahkan rasa tidak puas hati dan dakwa cucu saya mencuri besi buruk miliknya.
“Apabila saya soal cucu di hadapan jiran kami itu, dia mengaku ada melihat rakannya berusia 14 tahun menjual besi buruk di sebuah kedai,” katanya.
Dia berkata, cucunya turut memberitahu yang rakannya itu memberi upah RM1 kerana menemaninya, namun dia tidak tahu besi yang dijual adalah barang curi," katanya.
Tidak puas hati dengan penerangan kanak-kanak itu, jiran terbabit memaksa cucunya mengikut dia pulang ke rumah secara kasar walaupun cuba dihalang.
Menurutnya, menantu lelakinya yang pulang dari tempat kerja sekitar jam 10.30 malam segera menghubungi polis.
“Saya diberitahu cucu saya dikurung selama lima jam dan hanya dibebaskan selepas seorang anggota polis datang ke tempat kejadian.
“Kami terkejut melihat dia cedera, malah bajunya mempunyai kesan darah dan membawanya ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru," katanya.
Difahamkan, keluarga terbabit membuat laporan di Balai Polis Skudai berkaitan kejadian itu pada 21 Jun lalu.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kes berkenaan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan