BELAJAR DI BAWAH KHEMAH …. beginilah keadaan murid-murid yang menjalankan pembelajaran dan pengajaran di bawah khemah. |
KENINGAU:
Sebahagian daripada lebih 400 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tuarid Taud
dekat sini terpaksa menjalankan pembelajaran dan pengajaran di bawah
khemah dan bawah kolong surau akibat kekurangan kelas di sekolah itu.
Yang
Dipertua Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) sekolah itu Karim Antong,
berkata kekurangan kelas sekolah itu disebabkan satu blok bangunan
sekolah itu terbakar pada 27 Ogos 2011 manakala satu blok lagi bangunan
kini dalam keadaan usang dan disahkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR)
tidak selamat digunakan.
“Berikutan
masalah kekurangan kelas itu, pihak pengurusan sekolah terpaksa mencari
alternatif mendirikan khemah dan menggunakan bawah kolong surau sebagai
tempat pembelajaran dan pengajaran di sekolah itu,” kata Karim kepada
New Sabah Times di sini kelmarin.
Karim berkata, keadaan ini menyebabkan kurang keselesaan dan sedikit menjejaskan prestasi murid-murid sekolah itu.
Katanya, selain bangunan sekolah yang usang, terdapat juga bangunan rumah guru yang usang yang tidak selamat digunakan.
Walau
bagaimanapun katanya, rumah guru yang serentak dibina dengan sekolah
pada tahun 1965 yang usang itu terpaksa didiami oleh guru.
Selain itu katanya, pagar sekolah juga sudah usang perlu dibina semula untuk keselamatan peralatan sekolah.
Justeru
itu katanya, PIBG sekolah ini memohon dan merayu kepada Kerajaan
melalui Kementerian Pelajaran Malaysia agar memberi peruntukan untuk
membina bangunan baru bagi mengganti bangunan yang terbakar dan bangunan
yang usang untuk keselesaan murid dan warga pendidik.
Katanya, kerajaan wajar memberi peruntukan segera untuk pembinaan bangunan baru sekolah itu bagi mengatasi masalah itu.
Tambahnya,
pihak PIBG telah memaklumkan masalah yang dihadapi oleh pihak sekolah
kepada pihak yang berkenaan namun sehingga kini belum ada tindakan
diambil.-New Sabah Times-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan