Khamis, 14 Jun 2012

K.Lumpur Antara Lima Bandar Termurah Untuk Dilawati

MSTAR ONLINE

 
PETALING JAYA: Kuala Lumpur adalah antara lima bandar termurah di dunia untuk dilawati, menurut edisi terbaru TripAdvisor TripIndex yang diterbitkan pada Rabu.

Satu malam di ibu negara Malaysia, termasuk bilik hotel bertaraf empat bintang, tambang teksi, makan malam dan koktail secara purata membawa anda berbelanja sebanyak AS$194,43.

TripIndex mendapati Hanoi ($84.89) menjadi bandar yang paling mampu dikunjungi, diikuti Beijing ($159.05) dan Bangkok ($161.90).

Budapest adalah destinasi Eropah termurah dalam senarai itu, di mana satu malam di ibu negara Hungary menetapkan jumlah $193,78 secara purata, sedikit murah berbanding Kuala Lumpur.

TripIndex membandingkan harga perbelanjaan malam di destinasi pelancongan paling popular di seluruh dunia untuk musim panas 2012.

Kos purata yang disebut meliputi dua koktel, makan malam untuk dua orang di sebuah restoran, tambang teksi dan penginapan satu malam untuk dua orang di sebuah hotel.

Bandar-bandar di Eropah adalah yang paling mahal, dengan London $500 ($361.64 untuk penginapan dan $82.61 untuk makan malam), diikuti oleh Oslo di Norway ($499.91), Zurich di Switzerland ($485.82) dan Paris.

Tiada ulasan: