Isnin, 25 Jun 2012

Kereta bomba terbalik, seorang terbunuh

NURUL FATIHAH SULAINI

Kereta bomba terbalik, seorang terbunuh
Ketua Operasi Pasukan Bomba Sukarela Merbok, Chow Kok Kong, 51, mati ditempat kejadian - Foto Bernama
 
Kereta bomba terbalik, seorang terbunuh
Kok Kok Chon, 40, (berkerusi roda) menceritakan detik cemas kepada anggota keluarganya selepas dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim.-Foto Bernama
 
 
GURUN - Seorang anggota bomba sukarela terbunuh manakala enam lagi cedera setelah kereta bomba yang dinaiki terbalik ketika dalam perjalanan memadam kebakaran dua rumah kedai di Padang Lembu di sini, hari ini.

Mangsa yang terbunuh ialah ketua  pasukan bomba sukarela Merbok, Chow Kok Kwang, 51, manakala lima anggota cedera parah serta seorang cedera ringan.

Kejadian dipercayai berlaku sekitar jam 3 petang.

Difahamkan jentera berkenaan dipandu laju dan cuba mengelak sebuah motosikal namun hilang kawalan lalu di hadapan Klinik Desa Padang Lembu.

Dalam pada itu, Kok Kok Chon yang ditemui pemberita di HSAH berkata mereka hampir sampai di tempat kebakaran apabila nahas itu berlaku. Kesemua mangsa merupakan anggota bomba sukarela dari Balai Bomba Sukarela Merbok dekat sini.

"Ketika kami sampai di satu selekoh berhadapan Klinik Kesihatan Padang Lembu, Kapten (Chaw Kok Kong) yang memandu jentera cuba mengelak sebuah motosikal yang datang dari arah bertentangan menyebabkan jentera kami berpusing beberpa kali lalu terbabas ke kiri jalan," katanya dipetik Bernama.

Kok Chon berkata, dia merangkak keluar melalui tingkap dan terlihat Kok Kong terbaring di atas jalan.

"Saya lihat Chow (Kok Kong) tidak sedarkan diri. Kami dibantu pasukan St John Ambulans  dan anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Gurun, Dr Leong Yong Kong.

"Kejadian ini tidak mematahkan semangat saya untuk meneruskan kerja sukarela ini yang diceburi sejak tahun 2004," katanya.

"Semasa sampai saya lihat pemandu jentera bomba itu tidak sedarkan diri dan nadinya juga tidak berdenyut. Mungkin dia mengalami kecederaan dalaman yang parah," kata Yong Kong yang turut mengiringi kesemua mangsa ke HSAH.
  
Timbalan Ketua Polis Daerah Sungai Petani Supt Ong Aik Chang yang dihubungi berkata polis telah menerima laporan mengenai kemalangan itu.

Tiada ulasan: