K TODAY
Pengundi
berdaftar di Sabah kini berjumlah 926,638 orang, kata Timbalan
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar
hari ini.Bagaimanapun, seramai 258,943 rakyat Sabah berumur 21 tahun ke
atas belum mendaftarkan diri sebagai pengundi.“SPR menganggap jumlah
ini besar, walaupun tidak sebesar di negeri-negeri lain.
Tetapi kita
mintalah rakyat yang layak mengundi supaya mendaftar,” katanya kepada
pemberita selepas perjumpaan SPR dengan wakil parti-parti politik di
Sabah mengenai Pasukan Penguat Kuasa Kempen Pilihan Raya di sini.
Wan
Ahmad juga berkata semakan daftar pemilih di Sabah kini boleh
dilakukan selama sebulan sejak 1 Jun lepas melalui khidmat pesanan
ringkas (SMS) dengan menaip nombor kad pengenalan dan menghantar ke
15888 atau dengan menghubungi talian SPR Negeri iaitu 088-488588.
Mengenai
perjumpaan itu yang disertai komponen parti Barisan Nasional dan
pembangkang, beliau berkata 31 pasukan ditubuhkan bagi mewakili setiap
kawasan Parlimen di negeri ini termasuk Labuan.
Menurutnya
setiap kawasan Parlimen diwakili satu pasukan, manakala Kota Kinabalu
dan Sandakan masing-masing mempunyai dua pasukan setelah mengambil kira
keluasan kawasan dan jumlah pengundi.
Katanya pasukan itu berperanan memantau aktiviti parti atau calon ketika tempoh rasmi berkempen.
“Pasukan
ini boleh menurunkan atau menanggalkan poster atau alat-alat kempen
yang mempamerkan unsur-unsur fitnah, yang boleh memalukan calon,
perkara-perkara yang menyentuh sensitiviti hal peribadi seseorang, agama
dan kaum serta mencetuskan kemarahan masyarakat,” katanya.
Wan Ahmad
berkata setiap pasukan diwakili seorang pegawai SPR, anggota polis
berpangkat Inspektor atau lebih tinggi, pihak berkuasa tempatan dan
wakil parti atau calon bertanding.
9 ulasan:
jmlah pengundi makin ramai, mana2 yang belum mendaftar, daftarlah segera sebagai pengundi.
kalau 258,943 rakyat sabah yang belum mendaftar ini segera mendaftar, jumlah pengundi sabah melebihi sjuta orang...
diharap juga, senarai nama pengundi yang meragukan akan dikeluarkan dari senarai daftar nama pengundi..
Ramai juga yang belum mendaftar. mungkin yang tidak layak lagi yang ada mendaftar ni. sebelum PRU, cepat2lah mendaftar. tunaikan tanggungjawab terhadap negara.
Ramai orang masih belum mendaftar, harap mereka akan membuat pendaftaran untuk perundian ini.
inilah masa untuk kita semua membuat pengundian bersama.
Ramai juga pengundi diSabah ini. Semoga mereka tahu siapa yang benar-benar untuk dijadikan kerajaan.
Tolak pengundi hantu, tinggal berapa lagi ya?
cuba laksanakan pendaftaran automatik.. kadang2 yang tidak mengundi ini bukan sebab mereka atas pagar atau tidak berminat dengan politik, sebaliknya mereka malas turun mendaftar sebagai pengundi..
Catat Ulasan