"Ia (matlamat) sama. Kerana bagi saya, PERKASA memperjuangkan perlembagaan negara. Gagasan 1Malaysia berlandaskan kepada perlembagaan negara.
"Cuma bila permainan persepsi dimainkan, mengatakan (PERKASA) perkauman, memperjuangkan kaum. Ini yang menyebabkan PERKASA dilihat seperti tak betul," katanya dalam satu tembual dengan Malaysiakini.
Selepas meletkkan jawatan sebagai ketua Wira, Arman, 37, kini bergiat sebagai Presiden Suara Anak Muda 1Malaysia dan dalam sayap Pemuda Umno Petaling Jaya Utara.
Menurut Arman lagi, sekiranya dilihat secara matang perjuangan PERKASA, pertubuhan tersebut hanya memperjuangkan perkara yang telah termaktub dalam perlembagaan.
"Mereka (PERKASA) tak pernah minta lebih atau kurang. Mereka Cuma minta agar memelihara apa yang benar, yang telah termaktub dalam perlembagaan. Mudah," katanya.
Ahli perniagaan itu berkata, slogan 1Malaysia bukanlah milik seorang individu, sebaliknya milik semua orang yang cintakan negara.
'Guna 1Malaysia bukan untuk bodek'
Arman menjelaskan, bukan mudah bagi sebuah negara yang mempunyai 44 etnik kaum dan tinggal aman dan makmur sehingga hari ini.
"Kalau kita sendiri tak sayangkan 1Malaysia ini, untuk apa ia masih ada lagi? Adakah kita nak lihat perpecahan?" katanya.
Ketika ditanya penggunaan slogan 1Malaysia pada hampir semua tempat - termasuk pada nama NGO pimpinannya - Arman berkata, ia dilakukan atas dasar tanggungjawab rakyat yang cintakan negara.
Katanya lagi, slogan 1Malaysia turut dilanda persepsi negatif apabila ada pihak yang mengandaikan ia bertujuan untuk membodek kerajaan.
"Ini persepsi. Apabila kita melihat semua sudut dari segi negatif, ia jadi negatif. Tetapi kalau kita mempunyai aspirasi tanggungjawab dan sayangkan negara kita, semua sayangkan 1Malaysia.
"Bukan susah pemahaman 1Malaysia ini. Apabila kata sokong 1Malaysia, sokong kerajaan. Sokong 1Malaysia, anti-Pakatan. Ini persepsi.
"Sebenarnya 1Malaysia ada dalam diri kita tanpa kira anda menyokong BN atau Pakatan. 1Malaysia ialah mengenai perpaduan," kata Arman lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan