Aktivis
NGO Muhammad Khairul Hafiz Abdullah yang mengetengahkan isu taraf
kewarganegaraan individu lepasan pusat jagaan Jabatan Kebajikan
Masyarakat (JKM) mendakwa menerima ugutan bunuh.
Presiden Pertubuhan Kebajikan dan Sosial Malaysia (Perbak) itu berkata, individu yang memperkenalkan diri sebagai "Angkatan JKM" membuat ugutan itu melalui panggilan telefon.
"Dia hubungi sebanyak tiga kali pada dua, tiga hari lepas. Tiada nombor yang keluar. Dia pakai nombor private (yang tidak tertera).
"Dia cakap lagi kalau tak hentikan pendedahan, dia akan ambil tindakan. Dia cakap, dia tahu mana saya bekerja, anak saya bersekolah semua," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.
Sehubungan itu, menurut Muhammad Khairul, laporan polis telah dibuat di Balai Polis Putrajaya dua hari lalu.
Menurut Muhammad Khairul lagi, individu tersebut turut menghubungi isterinya.
"Isteri saya pun terima ugutan... Saya ada cakap balik dengan mereka, kalau berani, kita jumpa depan-depanlah. Saya tak takut. Saya ada semua bukti," katanya lagi.
Sebelum ini, Muhammad Khairul mendakwa seramai 1,758 individu yang keluar daripada pusat jagaan JKM masih tidak mendapat status warganegara.
Selain itu, beliau turut mengancam untuk ‘'berperang'' dengan jabatan tersebut sekiranya tiada tindakan diambil dalam isu anak yatim bekas jagaan JKM yang sehingga kini masih tidak mempunyai MyKad.
Malaysiakini sudah menghubungi bahagian perhubungan korporat JKM untuk komen tetapi masih belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan buat masa ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan