Sebaik tiba di Pangkalan Udara TUDM, Subang mangsa terus dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.
Anaknya, Suraya Ahmad Sujak berkata, keluarganya dimaklumkan bahawa ayahnya mengalami serangan angin ahmar semasa berada di Indonesia.
"Ayah ke Jakarta 8 Jun bagi mengikuti program keagamaan sebelum terkena serangan angin ahmar.
“Setelah mendapat panggilan dari Indonesia keesokannya kakak saya bergegas ke Hospital Puri, Indonesia dan mendapati bahawa keadaan bapa saya separa sedar.
“Kami buntu dan tidak mampu menanggung kos perubatan di sana yang terlalu tinggi, jadi keluarga meminta bantuan Kelab Putera 1Malaysia bagi membawa pulang ayah,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di Pangkalan Udara TUDM, semalam.
Suraya berkata, mereka sekeluarga bersyukur dengan kepulangan bapanya walaupun dalam keadaan tidak sedarkan diri dan menganggap kepulangan bapanya itu sebagai hadiah hari lahirnya.
“Saya sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat kerana banyak membantu dalam misi kemanusiaan yang dilaksanakan,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Kelab Putra 1Malaysia (KP1M), Datuk Abdul Azeez Rahim berkata, misi kemanusiaan ini berjaya mengikut rancangan dengan bantuan Lembaga Persahabatan Indonesia Malaysia (PRIMA).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan