Jumaat, 1 Jun 2012
Ahmad Said Ugut Guru-guru; Tindakan ‘Belum Merdeka’
Wartawan Buletin
KEMAMAN – Yang DiPertua PAS Kawasan Kemaman, Haji Ismail Harun menyifatkan tindakan Menteri Besar Terengganu Dato’ Seri Ahmad Said mengugut para guru sebagai tindakan yang ‘belum merdeka’.
Beliau berkata, dalam satu perjumpaan dengan para guru, Pengerusi Perhubungan Umno itu telah memberi amaran akan mengambil tindakan kepada para guru sekiranya tidak menyokong dan mengundi Umno dan Barisan Nasional dalam pilihanraya umum akan datang.
“Tak usah rasa takut, walaupun Menteri Besar dalam perjumpaan dengan guru-guru baru-baru ini ada sebut, dia kata dengan tekan nombor sahaja (compute) dia tahu (guru-guru) mengundi balik (belah) mana, dia ugut cikgu,
“dia (Ahmad) silap, ugut cikgu le ni (sekarang) tak jadi perkakas (tak jadi hal kerana cikgu cerdik pandai),”ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam program minum petang bersama selebriti yang diadakan di Pekan Air Putih, di sini pada Rabu petang 30 Mei.
[Gambar kanan - Hj Ismail menyambut kedatangan Bob Lokman]
Beliau sebaliknya mengingatkan guru-guru, sekiranya mereka masih ‘termakan’ dengan ugutan Ahmad Said, lebih baik golongan yang dianggap ‘cerdik pandai’ itu menjadi murid semula.
Menurutnya, Ahmad Said juga tidak perlu memberi amaran akan mengambil tindakan kepada guru-guru yang menyokong PAS dan Pakatan Rakyat kerana Umno dan BN akan kalah pada pilihanraya umum akan datang.
“(Ahmad) ugut kalau tak pangkah BN ‘jagalah para guru’ (akan ambil tindakan), tak payah ‘jagalah’ apabila Umno-BN kalah nanti, dia tidak boleh berbuat apa-apa lagi,”jelasnya.
[Gambar kiri - Haji Zulkifli Md Yakim melayan anak-anak muda yang turut menyertai program Hi-Tea bersama Selebriti itu]
Turut sama dalam program ‘santai’ berama Bob Lokman dan Mel Wings itu ialah Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Kemaman Haji Zulkifli Md. Yakim yang juga Ahli Jawatankuasa Majlis Tindakan DUN Air putih dan Ketua Muslimat DUN Puan Faridah Yahya merangkap Ahli Jawatankuasa Muslimat Kawasan.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan