Jumaat, 15 Jun 2012

2,000 warga Rohingya demo di kedutaan Myanmar

Harakahdaily,
 
KUALA LUMPUR: Hampir 2,000 warga Rohingya berarak menuju ke kedutaan Myanmar hari ini bagi membantah pembunuhan saudara mara mereka oleh regim negara itu.

Mereka mula berarak dari Masjid Tabung Haji sejurus selesai solat Jumaat menuju ke bangunan kedutaan kira-kira 1 kilometer dari masjid.

Mereka membawa sepanduk mengecam kekejaman regim, dan gambar-gambar mangsa yang dibunuh kejam oleh penyokong regim.

Ada antara mereka berarak sambil meraung-raung menyatakan rasa kecewa dan sedih dengan nasib yang menimpa saudara mara mereka itu.

Pelbagai slogan dilaungkan dalam bahasa ibunda mereka sebagai mungutuk pemerintah negara itu.

Mereka mengecam tindakan pembunuhan hampir 1500 muslim Rohingya dan 3000 lagi cedera dalam perbalahan etnik di negara itu beberapa hari lalu.

Himpunan hari ini adalah anjuran NGO Majlis Perundingan Pertubuhan Islam (Mapim) yang turut disokong Dewan Pemuda PAS.

Mengepalai himpunan itu tadi Setiausaha Mapim Mohd Azmi Abdul Hamid, Ketua Pemuda PAS Wilayah Kamaruzzaman Mohamad dan Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al Jundi.

Perarakan mereka bagaimanapun tidak berjaya sampai di hadapan bangunan kedutaan apabila pihak polis membuat sekatan di persimpangan Jalan Madge kira-kira 200 meter dari pintu pagar kedutaan.

Polis hanya membenarkan tiga daripada mereka iaitu Azmi, Kamaruzzaman dan Athirah melepasi sekatan bagi menyerahkan memorandum.

Bagaimanapun di hadapan pintu pagar kedutaan, wakil duta Myanmar enggan membuka pagar untuk menerima memorandum.

Selapas hampir setengah jam memanggil dan menunggu, memorandum tersebut kemudiannya diserahkan melalui celah pagar kepada salah seorang penjaga yang berkawal di bangunan berkenaan.

Azmi ketika bercakap kepada media turut mengecam sikap duta Myanmar itu yang enggan bertemu dan menerima memorandum tersebut.

"Dia datang ke Malaysia, kita bagi tanah dan tempat tinggal, tiba-tiba dia layan kita macam ini. Jadi hari ini kita menuntut kerajaan kita menghalau mereka keluar dari bumi Malaysia ini, kita tidak boleh tolak ansur lagi.Mereka bunuh saudara Islam kita, orang perempuan, anak-anak kecil.

"Respek la sikit, (memorandum) ini kertas sahaja, bukan bom. Kita akan gerakkan kempen besar-besaran kali ini," katanya.

4 ulasan:

Rohingya today berkata...

Keraan ASEAN lebih Zalim berbanding Myanmar. Polis Malaysia tiada dibenarkan mendekati kedutaan Myanmar walau 2,000 war Rohingya telah berkumpul.
ini adalah satu sejarah dan bukti untuk Umat Islam sedunia..
Umat islam adalah diantaranya persaudaran tetapi Pihak Polis ditepikan hak Umat dizalimi .. Rohingya... tanpa Negara...

Rohingya today berkata...

Rohingya adalah beragama Islam dan saudara kita Pembunuhan Islam dan Penghinaan Agama Allah adalah agma Kita dan agam ISLAM kita.
mengnapa Negara Islam separti INDONESIA-MALAYSIA-Burnei Mash Bisu atas Pembunuhan dan Penghinaan sedankan rakan ASEAN...?

ekonomi mereka ASEAN lebih hargai daripada Merogol akan gadis ISLAm kkita Oleh Askar Kafir (Buddha di Wilayah Arakan, Myanmar.

Rohingya today berkata...

ketua Petugas Polismalaysia telah berlaku kebiadapan sesama seorang Ulama yang suadara segama supaya mendepatkan ucapan syabas daripada negara Myanhmar mahupun Kedutaan Myanmad pada 03 Ogos 2012 waktu 3: 00 petang berdepan kedutaan Myanmar di malaysia.

disaksikan oleh seramai 2,000 orang sahaja. bersama media

Rohingya today berkata...

Keraan ASEAN lebih Zalim berbanding Myanmar. Polis Malaysia tiada dibenarkan mendekati kedutaan Myanmar walau 2,000 war Rohingya telah berkumpul.
ini adalah satu sejarah dan bukti untuk Umat Islam sedunia..
Umat islam adalah diantaranya persaudaran tetapi Pihak Polis ditepikan hak Umat dizalimi .. Rohingya... tanpa Negara...