KL TODAY
Stadium
Darul Aman, Alor Setar yang merupakan venue Himpunan Hijau ke Putrajaya
malam ini sudah dipenuhi puluhan ribu rakyat yang hadir sejak jam 4
petang tadi.
Bukan sahaja bahagian tempat duduk berbumbung yang dipenuhi,
malah kawasan padang juga penuh dengan orang-ramai yang mula mencari
tempat duduk untuk mendengar ucapan pemimpin PAS malam nanti.
Biarpun
hujan lebat turun sekitar jam 4.30 petang hingga 5.30 petang tadi, ianya
tidak mematahkan semangat orang ramai untuk hadir ke himpunan penuh
bersejarah ini.
Majlis
yang bermula dengan suasana suram apabila hujan lebat melanda bandar
Alor Setar bertukar menjadi ceria sebaik sahaja penceramah selebriti
Ustaz Azhar Idrus memulakan ceramahnya.
Ceramah
beliau yang berjalan kira-kira 45 minit itu sememangnya dinantikan oleh
penduduk utara semenanjung yang selama ini mengenali beliau melalui
videonya dalam youtube.
Minggu
lalu sepatutnya beliau berceramah di PICC Putraya namun dbatalkan di
saat akhir apabila ceramah beliau bertembung dengan persembahan K-Pop di
Hari Belia Negara 2012 di sana.
Di samping orang ramai yang memenuhi stadium tidak kurang juga yang bersesak-sesak di luar dan juga yang terperangkap di jalan raya.
Bekas MB Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin juga turut berucap yang memberikan semangat kepada anak muda dengan mengajakan mereka bersama-sama ke Putrajaya.
Malam ini pula berlangsung solat hajat dan munajat perdana sejurus selesai solat Maghrib sebelum acara kemuncak ceramah oleh pimpinan utama PAS termasuk presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz.
Bekas
Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi, Datuk
Profesor Dr Nik Zain Nik Yusof menyerahkan borang menyertai PAS.
Nik Zain adalah KSU sejak 1998 hingga 2002 di KTDPK. Beliau menyerahkan borang menyertai PAS kepada Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di depan lebih 100,000 ahli dan penyokong PAS.
Di Masjid Zahir, orang ramai yang berbaju hijau melimpah ke luar masjid dan terpaksa solat Jumaat di tengah panas.
Masjid Zahir yang merupakan masjid negeri bagi negeri ini adalah antara masjid yang terdekat dengan Stadium Darul Aman.
Khatib hari ini berkhutbah tentang kepentingan berjamaah khasnya solat jamaah di masjid.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan