Pertubuhan
Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Melaka tidak bersetuju dengan
tindakan kumpulan yang menyerang dan merosakkan kereta dua ADUN DAP
negeri itu pada acara minum petang bersama Pengerusi Bersama BERSIH
Datuk S Ambiga Sabtu lalu.
Yang Dipertua PERKASA negeri itu, Abd Rahim Osman juga berkata tindakan itu tidak wajar kerana boleh mendatangkan kecederaan dan dianggapkan sebagai perbuatan jenayah.
"Saya tidak bersetuju. Kalau nak tunjuk protes, bukan dengan cara macam tu. Kita sudah matang, sepatutnya tindakan itu tidak berlaku," katanya ketika dihubungi Malaysikini pagi ini.
Abdul Rahim mengulas insiden serangan oleh sekumpulan pengacau terhadap ADUN Ayer Keroh Khoo Poay Tiong dan ADUN Bandar Hilir Tey Kok Kiew sewaktu mereka mahu meninggalkan tempat acara tersebut.
Dalam insiden itu, selain dibaling telur dan batu, salah satu tayar kenderaan Tey dipancitkan dan badan kereta kemik, manakala cermin sisi pula pecah. Beliau juga telah membuat laporan polis.
Ditanya mengenai laporan yang mendakwa anggota PERKASA yang melakukannya, Abd Rahim menafikannya walaupun mengakui kira-kira 40 anggota NGO itu turut menyertai perhimpunan membantah kehadiran Ambiga.
"Kita tidak ada mengeluarkan arahan apa-apa sama ada merosakkan kereta atau melakukan apa-apa kerosakan... Kita berkumpul secara aman dan menghargai keamanan," katanya.
Semalam, Pemuda Umno Jasin turut menafikan pembabitan ahlinya yang didakwa melakukan serangan terhadap dua ADUN DAP itu dalam insiden berkenaan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan