KUALA
LUMPUR – Panel bebas yang ditubuhkan Putrajaya untuk menyiasat
dakwaan penggunaan kekerasan Bersih 3.0 pada 28 April lalu haruslah
“berhati-hati” dalam memastikan hasil siasatannya dapat selesaikan
perkara ini, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berkata.
Dalam satu kenyataan media, pengerusi Suhakam, Tan Sri Hasmy Agam menyeru panel itu supaya bebas, tidak berat sebelah, telus dan berintegriti tanpa gentar atau pilih kasih apabila menjalankan siasatan agar dapat pulihkan keyakinan orang ramai terhadap pihak berkuasa.
“Ini merupakan ciri-ciri penting demokrasi yang berfungsi sepenuhnya seperti yang rakyat cita-citakan dan kerajaan komited untuk mencapainya,” beliau ujar.
Tambahnya lagi, Suhakam akan terus mengkaji aduan dan pengemukakan daripada pelbagai pihak dan laporan media berkaitan dengan insiden yang berlaku pada hari itu.
“Suhakam benar-benar menyedari mandatnya untuk menyiasat dakwaan pencabulan hak asasi manusia dan sedang meneliti aduan-aduan yang telah diterima daripada orang awam mengenai persitiwa tersebut sebelum membuat keputusan mengenai tindakan selanjutnya yang sesuai.”
Dalam hasil siasatan Suhakam ke atas perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai 2011, Suhakam mendapati pihak polis menggunakan taktik yang “tidak sesuai” untuk menghalau kumpulan perusuh Bersih 2.0 dengan menggunakan gas pemedih mata tanpa sebarang jalan keluar.
Suhakam juga mendapati beberapa organisasi media arus perdana gagal untuk melapor secara adil pandangan Datuk Ambiga Sreenevasan mengenai Bersih 2.0, dan juga menjejaskan keselamatannya dengan menerbitkan maklumat peribadinya.
Hari ini, ketua setiausaha DAP Lim Guan Eng telah mencadangkan Suhakam menyertai panel bebas itu untuk menyiasat insiden keganasan Bersih 3.0.
Semalam, Majlis Peguam berkata bahawa panel bebas itu tidak mempunyai kedudukan dari segi undang-undang dan pendirian Tan Sri Hanif Omar terhadap Bersih tidak melayakannya untuk mengetuai siasatan itu.
Bersih juga berpendapat kumpulan itu akan berat sebelah dan diibaratkan sebagai pasukan petugas sahaja.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan akan melantik panel bebas yang “kredibel, berpengalaman, dan dihormati” untuk menyiasat keganasan polis terhadap peserta dan wartawan sewaktu insiden Bersih di Dataran Merdeka.
Tambah Najib, rakyat boleh melihat perkembangan siasatan tersebut bagi menyiasat kebenaran dakwaan keganasan terhadap wartawan, media tempatan dan antarabangsa ketika perhimpunan menuntut pilihan raya adil dan bersih itu berlangsung.
Enam media dan kira-kira 12 jurugambar termasuk media asing dikatakan telah diserang pihak polis ketika kekacauan di dataran bersejarah terbabit, selepas polis melepaskan meriam air dan gas pemedih mata untuk menyuraikan perusuh yang menceroboh ke kawasan dataran.
Media antarabangsa dan tempatan mula mengkritik pentadbiran Najib menggunakan kekerasan terhadap kumpulan itu, yang menurut mereka hanya menjalankan tugas.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan