Muhammad Faeez, |
Katanya, PRU13 adalah peluang terbaik rakyat untuk menumbangkan BN sekaligus memberi peluang kepada Pakatan Rakyat menerajui pentadbiran negara.
Menurutnya, terdapat 222 kerusi parlimen yang bakal dipertandingkan menjelang pilihanraya tidak lama lagi, berdasarkan rekod sejak tahun 1999, 2004 dan yang terakhir tahun 2008, jumlah pengundi untuk BN telah merosot dimana kira-kira 49 peratus undi.
“Situasi ketika ini menampakkan memihak kepada Pakatan Rakyat dan ini amat membimbangkan BN kerana kesannya mereka telah hilang kuasa untuk meneruskan kerja-kerja memperalatkan rakyat dan wang negeri yang mereka kalah,” katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily, hari ini.
Jelasnya, pemimpin-pemimpin Umno-BN sering menuduh bahawa Pakatan adalah ejen perosak negara dengan menyifatkan rakyat yang bersama Pakatan Rakyat merupakan pihak yang bersubahat dengan perbuatan keji sambil menyatakan ia adalah bercanggah dengan ajaran Islam seperti mana yang dijelaskan oleh Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir baru-baru ini.
“Saya ingin mengingatkan BN bahawa perbuatan keji memperalatkan rakyat dengan menyalahgunakan dana awam demi kepentingan politik dan kroni umno telah diketahui umum.
“BN perlulah membuat persiapan awal untuk kalah teruk dalam PRU akan datang,” ujarnya.
Katanya, Rakyat di negara ini umum mengetahui sememangnya BN telah bersiap sedia dengan taktik penipuan secara besar-besaran untuk mempertahankan kuasa dengan memperkudakan Suruhanhjaya Pilihanraya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
“Pakatan Rakyat komited dan akan terus berusaha untuk mengambalikan semula kuasa rakyat yang telah selama hari ini diperalatkan oleh Umno BN yang semakin hilang kewarasan berfikir apabila berbicara soal hak rakyat.
“Memberi peluang walaupun sepenggal lagi kepada BN adalah satu kesilapan kerana anda telah memberi kepada mereka untuk terus menipu,” jelasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan