Ahad, 11 Disember 2011

PERKASA: Bukan Melayu jangan campuri urusan Islam

MALAYSIA KINI

Kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, hari ini memberi amaran kepada semua pemipin bukan Islam supaya tidak mencampuri urusan agama Islam.

NONE“Di sini juga kita mahu memberi amaran keras kepada (Datuk Seri) Chua Soi Lek dan MCA serta semua pemimpin bukan Islam supaya berhenti daripada mempertikaikan isu Hudud, biar Hudud ditentukan oleh orang-orang Islam sendiri.

“Jangan masuk campur urusan Islam! MCA, jaga kaum kamu, dalam masa yang sama kita sebagai tuan di negara ini tidak pernah mempertikaikan agama-agama mereka,” kata Ketua Wira PERKASA, Irwan Fahmi Ideris.

Selain itu, beliau juga meminta MCA, khususnya Chua supaya tidak campur tangan dalam rusan Islam dengan menjadi “duri dalam daging", "gunting dalam lipatan".

Sambil menyindir kekalahan memalukna parti Cina itu pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008, PERKASA berpendapat MCA sepatutnya berusaha kerasa mengembalikan kepercayaan masyarakat Cina kepada parti itu.

“Kepimpian Wira mencabar MCA tunjukkan kekuatan kamu, bukan membuat kenyataan tentang Islam.

“Amaran kepada semua pemimpin yang bukan beragama Islam, jangan mencampuri urusan agama Islam...” kata Irwan sambil memberi amaran PERKASA mempunyai pengundi-pengundi di pelosok negara.

azlan“Harus diingat PERKASA kita mempunyai pengundi-pengundi di pelusuk negara, Kita akan pastikan calon-calon yang mengguris perasaan orang-orang Islam akan tumbang pada PRU akan datang.”

Sebelum ini, MCA mencabar ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng supaya berdebat dengan presidennya berhubung soal hudud. Chua juga dikatakan antara pemimpin bukan Islam yang banyak mengeluarkan kenyataan membidas hukum hudud.

Tiada ulasan: