Isnin, 5 Disember 2011

Gerakan tak mahu agihan kerusi secara terbuka

MALAYSIA KINI

Perbincangan mengenai pembahagian kerusi yang akan dipertandingkan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, tidak wajar dibincangkan secara terbuka, kata Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon (bawah, kanan).

NONEBeliau berpendirian perbincangan secara terbuka itu hanya akan menjejaskan sokongan dan perhubungan antara parti-parti komponen BN.

"Kalau semua pihak bersikap positif maka kita tidak sepatutnya bergaduh, sebenarnya pendirian saya selama ini ialah saya tidak mahu berbincang tentang kerusi secara terbuka.

"Tetapi apabila ada pihak yang cuba mengatakan secara negatif tentang kerusi Gerakan, kita hanya membalas dengan niat untuk mempertahankan pendirian parti sahaja.

"Namun tidak sesekali berniat memulakan proses yang boleh mencetuskan situasi perbahasan atau pergaduhan secara terbuka," katanya kepada pemberita di Cyberjaya hari ini.

Beliau berkata demikian, sebagai menjawab pertanyaan wartawan mengenai laporan kemungkinan Gerakan tidak akan bertanding untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Bachang pada PRU akan datang.

azlanKerusi itu dimenangi DAP pada PRU 2008 dan kerusi itu telah diperuntukkan kepada parti Gerakan oleh BN sejak 1995.

Mengenai pengumuman beliau untuk tidak bertanding dalam PRU ke-13, boleh dijadikan senjata oleh pembangkang untuk 'menyerang' dirinya, beliau berkata: "Biar mereka serang saya, saya akan jawap. Saya tidak akan jawab sekarang kerana anda bukan pembangkang," katanya.

Mengulas siapa bakal pengerusi BN Pulau Pinang, Koh menjelaskan semua pihak harus mematuhi perlembagaan BN mengenai pelantikan jawatan tersebut, jadi tidak perlu dijawab berulang kali tentangnya.

Koh, baru-baru ini menyatakan bahawa beliau tidak akan bertanding pada PRU akan datang, ekoran itu dipercayai beliau juga akan melepaskan jawatan sebagai pengerusi BN Pulau Pinang.
- Bernama

Tiada ulasan: