oleh MUSLI OLI
Setiap bangsa mempunyai budaya dan cara hidup yang berbeza. Negara-negara bekas blok kominis USSR sungguhpun berpuluh-puluh tahun menjadi sebuah negara akhirnya kerana perbezaan bangsa, budaya dan agama terpisah kepada 12 negara yang merdeka mengikut bangsa yang majoriti.
Negara-negara seperti Russia, Ukraine, dan Chechnya sempadan hanya terpisah oleh gunung atau sungai bukan lautan yang luas.
Bangsa Jepun, Korea, Cina mempunyai rupa yang hampir sama tapi budaya dan cara hidup tidak sama. Anutan agama juga berbeza. Malah dalam negara China sahaja berbagai etnik, dialek dan agama yang boleh membezakan mereka.
Bangsa Jepun tidak mungkin dapat diterima sebagai pemerintah di Korea atau China kecuali secara paksa seperti ketika Jepun menjajah negara China dan Korea. Begitu juga sebaliknya bangsa Korea tidak mungkin menjadi Perdana Menteri di Jepun.
Bumi pulau Borneo terpisah beribu kilometer dengan tanah besar Semenanjung. Sungguhpun ramai rakyat yang beragama Islam dari rumpun Melayu sepanjang persisiran pantai pulau Borneo namun sikap dan budaya mereka amat jauh berbeza dengan bangsa Melayu di tanah Semenanjung.
Budaya dan sikap terbentuk dari peradaban bangsa. Bangsa yang selalu berperang seperti di Selatan Filipina, Vietnam dan Kemboja melahirkan bangsa yang kasar dan agresif. Bangsa Melayu di Tanah Melayu turut melalui beberapa siri peperangan dan krisis. Samada perebutan kuasa antara mereka atau dengan bangsa lain seperti Siam dan China.
Kali terakhir krisis ialah peristiwa 13 Mei 1969 yang sehingga ke hari ini peristiwa itu terus dikenang dan sentiasa menimbulkan syak wasangka malah dendam antara bangsa Melayu dan kaum Tionghua di Tanah Melayu.
Permusuhan bangsa Melayu yang beragama Islam dengan penganut agama Kristian sesekali ditunjukkan secara terbuka. Baru-baru ini akhbar Utusan Malaysia menyiarkan berita headline “Agama Kristian menjadi agama rasmi?” sebagai berita provokasi.
Permusuhan agama tidak berlaku di Pulau Borneo. Jauh sekali mencerca dan menempelak agama lain.
Bangsa-bangsa di Borneo tidak pernah melalui krisis, jauh sekali peperangan antara mereka. Umumnya bangsa-bangsa asli terutama suku kadazan, Iban, Dayak, Murut dan Rungus adalah etnik yang mempunyai sikap toleransi yang tinggi dan suka kepada keamanan.
Sabah asalnya adalah negeri yang paling aman di Malaysia.
Namun akan timbul persoalan, kalau benar secara semula jadi dan secara budaya suku-suku kaum di Sabah suka kedamaian, kenapakah dalam politik mereka terlalu kerap bertelingkah dan berebut kuasa terutama antara bumiputera Islam dan bumiputera bukan Islam? Kenapa Ketua Menterinya bertukar sebanyak 13 kali?
Saya berhujah, sikap toleransi yang tinggi ditunjukkan Donald Stephens. Beliau adalah tokoh Kadazandusun berdarah keturunan Scots, a very proud Scotsman yang amat bangga dengan agamanya. Dia tidak memeluk Kristian melalui mubaligh seperti kaum Kadazan yang lain. Bapanya orang Scotland berasal dari Australia dan ibunya suku kadazandusun.
Tetapi kerana perpaduan bumipuitera Sabah. Demi mengelakkan rakyat bumiputera dipecah-pecahkan, Donald memeluk Islam. Partinya UPKO dibubarkan dan semua ahli diarah menyertai USNO. Dia bersumpah minum darah depan Kaabah dengan Tun Mustapha, menjadi saudara sedarah demi negeri dan rakyat Sabah.
Tetapi Tun Mohd Fuad Stephens (Donald Stephens) akhirnya dipujuk dan dipaksa untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Tun Mustapha.
Sama-sama kita renungkan…..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan