Rabu, 24 Ogos 2011

Kristian 'halal pelacuran': Sinar Harian mohon maaf

MALAYSIA KINI


Akhbar Sinar Harian hari ini memohon maaf atas penyiaran satu kolumnya semalam berhubung "rancangan pemusnahan umat Islam" yang didakwa didalangi kumpulan Kristian.

Kolum bertajuk 'Matlamat Gerakan Kristian' itu hari ini diakui "silap" dan "tidak tepat", menurut notis permohonan maaf yang disiarkan di halaman nasional akhbar tersebut hari ini.

sinar harian on christian movement aims july 23 2011"Dengan ini kami menarik semula (kolum) Info tersebut dan memohon maaf kepada semua pembaca Sinar Harian, khususnya para penganut agama Kristian di atas kesilapan yang dilakukan," notis itu dipetik.

Tulisan itu juga telah ditarik balik semalam oleh pengarah urusannya Datuk Hussamuddin Yaacub yang turut memohon maaf menerusi satu tulisan di laman Twitter.

Akhbar itu semalam mendakwa gerakan Kristian antara lainnya merancang untuk menggalakkan pergaulan bebas remaja lelaki dan perempuan serta menghalalkan pelacuran.

Gerakan Kristian juga didakwa berusaha "merosakkan moral dengan kegiatan luar" serta memasukkan "unsur kurang baik (atau) adegan keterlaluan dan muzik yang melampau" sehingga menyebabkan orang Islam "leka dan lupa diri."

Tulisan berkenaan disiarkan ketika isu berhubung siasatan Jabatan Agama Islam Selangor ke atas gereja Damansara Utama Methodist Church semakin mendapat perhatian.

Siasatan yang dijalankan JAIS ke atas gereja berkenaan pada awal bulan ini adalah berhubung dakwaan kemasukan orang Islam ke agama Kristian.

Tiada ulasan: