KUANTAN: Sewaktu kebanyakkan dari kita sedang sibuk berkemas untuk pulang berhari raya ataupun sudah dalam perjalanan pulang ke kampong halaman, Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang (DPPNP) mengorbankan seketika kesibukan tersebut bagi meraikan anak-anak perantau yang berpusu-pusu di terminal pengangkutan awam untuk pulang berhari raya di kampung.
Program yang di adakan saban tahun itu tertumpu kepada Terminal Bas Makmur Kuantan yang merupakan tempat tumpuan utama perantau yang ingin pulang berhari raya. (Seorang anggota Unit Amal mengedarkan ole-ole untuk penumpang bas yang mahu pulang beraya)
Sebaik selesai solat terawih dengan di ketuai oleh Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pahang, Ustaz Fadhli bersama dengan Ketua Penerangan DPPNP Ustaz Fadhil Noor serta 30 orang ahli DPPNP dan Amal, bas-bas yang akan berlepas dikunjungi dan di berikan sedikit buah tangan berupa kuih, air mineral, kurma dan risalah dakwah.
Program tersebut dimeraihkan lagi dengan ketibaan Ketua DPPM Ustaz Nasrudin Hassan yang turut bersama bergerak dari satu bas ke bas yang lain.
Rata-rata penumpang yang di temui meluahkan rasa gembira mereka di raikan oleh DPPNP dan ianya semakin menceriakan lagi ‘mood’ hari raya perantau.
Menurut seorang penumpang, Azizi Mat Isa, 26 yang menuju ke Kota Bharu “Apa yang di beri ini tidak penting, yang utamanya kita berkongsi gembira dan bersyukur bersama-sama dan saya amat terharu apabila seorang ustaz tu (Ustaz Fadhil Noor) membacakan doa dan di aminkan beramai-ramai oleh penumpang memohon keselamatan dari Allah. Itu yang paling penting.”
Ketika di temui sesudah program tersebut yang berakhir jam 1 pagi, Ustaz Fadhil Noor menyatakan “Objektif utama DPPNP ialah untuk mendekatkan diri kepada masyarakat dan meraikan kegembiraan mereka pulang ke desa. Kita iringi kepulangan mereka dengan sedikit makanan ringan berserta risalah dakwah dan yang paling utama ialah kita bersama-sama mendoakan keselamatan perjalanan dan hidup di dunia dan akhirat”. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan