Isnin, 29 Ogos 2011

Bekas pengetua buat laporan polis berhubung dakwaan murtad

SINAR HARIAN


KUALA LUMPUR - Seorang bekas pengetua sekolah membuat laporan polis hari ini berhubung satu laman blog yang mendakwa beliau antara kalangan individu yang 'murtad' kerana menukar agamanya kepada Kristian.

Zainal Ratin Zainal Abidin, 67, membuat laporan itu di Balai Polis Taman Tun Dr Ismail di sini dengan ditemani anaknya, Zainal Azam, kira-kira 2 petang.

Beliau berkata, perkara itu disedari oleh seorang anaknya yang ketika melayari Internet malam tadi menemui senarai 430 nama individu beragama Islam yang telah bertukar kepada agama lain, antaranya Kristian, Hindu dan Buddha.

"Nama saya ada dalam senarai itu. Ini merupakan satu fitnah yang bagi saya amat besar kerana ia membabitkan diri, akidah dan maruah keluarga saya," katanya kepada pemberita.

Zainal Ratin meminta pihak yang bertanggungjawab, termasuk polis, membuat siasatan terperinci kerana ia melibatkan bilangan umat Islam yang ramai.- Bernama

Tiada ulasan: