Bekas Mufti Perlis Asri Zainul Abidin telah bangkit untuk menjelaskan kekeliruan tentang seorang wanita yang telah dituduh memeluk agama Kristian atau menjadi 'dalang' di sebalik usaha memurtadkan umat Islam oleh orang Kristian di sebuah gereja di Damansara Utama di Selangor.
Asri berkata wanita itu telah menafikan tuduhan bahawa dia telah memeluk agama Kristian. Beliau turut membidas pihak berkuasa agama Islam yang menyalahkan gereja kerana kelemahan mereka sendiri.
Ibu tunggal kepada tiga orang anak; wanita itu merupakan salah seorang daripada 12 tetamu Islam di acara makan malam untuk AIDS yang diadakan di bangunan DUMC di Petaling Jaya, Selangor. Makan malam yang bertujuan mengutip dana itu telah diganggu oleh satu serbuan JAIS pada 3 Ogos lepas.
"Ibu tunggal yang saya temui itu telah ditinggalkan oleh suaminya dan terpaksa menanggung tiga orang anak. Dia tidak mampu untuk membayar sewa rumahnya dan telah pergi kepada pihak berkuasa Islam bagi mendapatkan bantuan akan tetapi permohonannya ditolak. Hanya selepas dia mendapat surat sokongan dari ahli politik dia mendapat wang zakat. Permohonan beliau juga telah ditolak oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, "Asri memberitahu akhbar.
"Bagaimana dia boleh merasai kehebatan Islam apabila saudara sama Islam sendiri tidak mengambil berat tentang dirinya dan enggan membantunya? Apabila anak-anaknya sakit gereja yang ambil peduli, kehidupan disokong oleh gereja dan juga keperluan harian disediakan pihak gereja . "
Kalau ada bukti, lemparkan kepada mereka
Kenyataan Asri dianggap sangat tepat pada ketika ini apabila JAIS melemparkan pelbagai tuduhan mengenai perkara tersebut. JAIS tidak mengaku bahawa ia membuat serbuan ke atas gereja tersebut dan pada masa yang sama, mempertahankan bahawa penyiasatan mereka adalah atas nama menegakkan Agama Islam.
Jabatan Agama tersebut sedang besembunyi disebalik Sultan Selangor dan cuba sedaya upaya untuk melengahkan penyerahan laporan penuh serbuan kepada Menteri Besar Khalid Ibrahim. JAIS sebenarnya dibawah pentadbiran Khalid namun,ia ditadbir oleh orang-orang kuat UMNO.
Bekas Pengarah JAIS Khusrin Munawi merupakan orang UMNO yang pada awal tahun ini telah mencipta satu kontroversi di mana Perdana Menteri Najib Tun Razak telah memaksa Khalid untuk menerima beliau sebagai Setiausaha Negeri.
Sekarang sudah jelas penglibatan UMNO dalam perkara tersebut dan Khalid Samad, Ahli Parlimen PAS untuk Shah Alam telah mencabar JAIS untuk mendakwa kesemua 12 orang muslim yang hadir di majlis tersebut ataupun mereka yang didakwa memurtadkan ini. Pihak DUMC dan penganjur majlis makan malam tersebut, Harapan Kommuniti telah menyangkal dakwaan bahawa mereka telah cuba memurtadkan tetamu Islam pada malam itu.
“Setiap hari kita membaca di media BN mengenai isu JAIS-DUMC dan laporan mereka seolah-olah sudah terdapat bukti terhadap gereja tersebut dan ‘Harapan Komuniti’ mengenai tuduhan memurtadkan orang Islam. Jika benar, JAIS seharusnya terus boleh mendakwa mereka.Apa yang JAIS tunggu lagi?” kata Khalid Samad kepada Malaysia Chronicle.
Jangan salahkan orang Kristian atas segalanya
Sementara itu, wanita tersebut memberitahu Asri bahawa memang ada yang telah memeluk agama Kristian tetapi bukan dirinya. Dia telah memberitahu Asri, bekas mufti yang sekarang telah menjadi pensyarah universiti bahawa seorang rakannya yang beragama Kristian telah menyarankan dia agar mendapatkan bantuan daripada pihak gereja. Beliau mengaku telah menerima bantuan tetapi menyangkal dakwaan bahawa gereja tersebut cuba memurtadkan dirinya dan juga bahawa dia telah memeluk agama Kristian.
Kes murtad sebegini, menurut Asri merupakan kesalahan pihak berkuasa agama Islam di negara ini yang gagal membantu orang Islam yang miskin. Beliau membidas pihak berkuasa Islam yang telah menyalahkan gereja atas kegagalan mereka sendiri.
Jika kita mahu mengelak daripada tanggungjawab memang mudah, kita salahkan sahaja pihak gereja. Kita jadikan mereka sebagai punca kepada semua masalah kita. Kemudian, kita adakan tunjuk perasaan untuk membakar sentimen keagamaan terhadap pihak gereja kerana menjalankan kerja-kerja amal dan dakwah” kata Asri lagi.
“Apabila kita yang gagal menjalankan dakwah, kita tidak pula menyalahkan diri kita sendiri. Inikah yang sudah berlaku kepada kita? Sekiranya sistem zakat kita berkesan, orang bukan Islam pun akan tertarik dengan Islam tetapi jika tidak, inilah yang akan menyebabkan ada orang Islam yang meninggalkan Islam.”
Desakan hidup punca segalanya
Menurut Asri, majlis makan malam DUMC tersebut bukanlah kali pertama wanita itu tertangkap oleh pihak berkuasa agama Islam. Baitulmal telah berjanji kepada wanita itu untuk membantunya membuka tadika tetapi tiada tindakan diambil mereka. Akhirnya, pihak gereja yang membantu beliau melangsaikan hutang sewanya.
Bekas mufti tersebut menyeru umat Islam agar bertanggungjawab terhadap situasi dan bukan menyalahkan orang Kristian dan gereja. Kata beliau, terdapat ramai orang Islam yang berada dalam situasi yang sama dan akhirnya, mereka murtad kerana kecewa dengan sikap tidak ambil peduli masyarakat Islam dan terpengaruh dengan kebaikkan pihak gereja walaupun tiada yang memaksa mereka memeluk agama Kristian.
Walaupun wanita itu seorang Islam yang agak patuh kepada ajaran agama, dia sering membawa anak-anaknya ke gereja. Anak-anaknya diterapkan dengan ajaran pihak gereja. Mereka diajar lagu-lagu gereja dan nila-nilai moral agama Kristian. Dia berkata bahawa semua ini dilakukan atas desakan hidup.” Ujar Asri. - Malaysia Chronicle
Tiada ulasan:
Catat Ulasan