MALAYSIA KINI
Menjelang 1 Syawal yang dijangka disambut esok, suasana di ibu kota semakin lengang manakala keadaan trafik di Lembah Klang pula lancar berbanding kesesakan teruk tiga hari lalu.
Tinjauan di Plaza Tol Sungai Besi, Lebuhraya Utara Selatan dan Plaza Tol Jalan Duta serta Lebuhraya Utara-Timur juga mendapati jumlah kenderaan mula berkurangan hari ini.
Seorang pengguna jalan raya yang ditemui Bernama, Liyana Yusoff, 26, mengakui keadaan lalu lintas menjelang sambutan Aidilfitri kali ini agak berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya.
"Saya dalam perjalanan balik ke Melaka dari Bandar Tun Razak (Cheras), dan mendapati jalan raya tidak dipenuhi kenderaan seperti Sabtu dan Ahad lalu. Tahun ini memang agak berlainan," katanya yang bekerja di syarikat swasta.
Beliau juga berharap keadaan lalu lintas yang tidak sesibuk seperti tahun-tahun sebelum ini turut mengurangkan kadar kemalangan.
Sementara itu Maisara Ahmad, 42, yang memulakan perjalanan balik kampungnya di Taiping, Perak hari ini, berkata beliau memilih hari ini untuk memandu pulang kerana yakin keadaan trafik bertambah lancar.
"Walaupun masih sibuk, tapi keadaan trafik lancar setakat ini," katanya.
Bagi penjawat awam Mazlan Abdul Hamid, beliau memulakan perjalanan selepas menyemak jadual yang diperkenalkan PLUS Expressway Berhad (PLUS) bagi memastikan tidak terperangkap dengan kesesakan.
"Melalui jadual perjalanan PLUS saya mendapati plat kereta saya berakhir dengan nombor ganjil dan boleh bertolak pada waktu tengah hari ini," katanya.
Sementara itu, tinjauan di sekitar Pudu Sentral mendapati orang ramai semakin berkurangan manakala kaunter tiket pula lengang.
Penjual tiket bas Kesatuan Ekspres yang hanya mahu dikenali sebagai Sharifah, 41, berkata tiket bas untuk musim perayaan kali ini tidak banyak yang dijual.
Katanya hanya bas menuju ke utara beroperasi esok.
Bagi seorang pelajar, Nurul Syazwa Azmi, suasana balik kampung pada saat akhir lebih menyeronokkan kerana selain perjalanan yang lancar, bas juga tiba tepat pada masa yang dijadualkan.
"Saya berasa seronok dapat pulang berjumpa keluarga di Sungai Petani, Kedah," katanya menambah keterujaan balik kampung saat-saat akhir lebih dirasai berbanding jika balik lebih awal.- Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan