Isnin, 29 Ogos 2011

Kutipan tol LATAR bermula 1 September



KUALA LUMPUR - Kutipan tol bagi pengguna Lebuhraya LATAR akan bermula pada 12.01 tengah malam 1 September ini.

KL-Kuala Selangor Expressway Berhad dalam satu kenyataan di sini hari ini, berkata tol berkenaan dikutip di tiga plaza sepanjang lebuh raya terbabit.
"Caj di setiap plaza tol ialah antara RM1 hingga RM6 bergantung kepada jenis kenderaan," kata kenyataan itu.
Lebuhraya LATAR merangkumi empat persimpangan yang membenarkan akses ke pantai barat menerusi Kuala Lumpur di Taman Templer, Lebuhraya Utara Selatan dan Lebuhraya Koridor Guthrie.

- Berita Harian

Tiada ulasan: