Ahad, 28 Ogos 2011

PEMIMPIN RANTING PKR DAKWA ADUN DAP MENIPU

RONTOK DAILY

SHAH ALAM: Seorang pemimpin PKR mendakwa Adun Sungkai A Sivanesan menyalahgunakan wang yang sepatutnya diberikan kepada keluarga seorang kanak-kanak yang meninggal dunia selepas terjatuh dalam parit pada tahun 2003.

MS Arjunan, yang merupakan Pengerusi PKR ranting Taman Ehsan di Perak telah membuat laporan polis ke atas Sivanesan, yang juga merupakan salah seorang pemimpin DAP Perak.

A. Sivanesan

Demikian lapor portal freemalaysiatoday (FMT) Jumaat lalu.

Portal itu menyebut, Rabu alu, akhbar harian berbahasa Tamil, Malaysian Nanban menyiarkan berita mengenai tragedi pada tahun 2003 yang menyebabkan kehilangan nyawa seorang kanak-kanak S. Tamilaarasan, 4. Anak malang itu terjatuh ke dalam parit dalam kawasan pembinaan landasan berkembar Rawang-Ipoh di Slim River.

Bapa mangsa telah membuat laporan polis selepas kematian Tamilaarasan, mendakwa Keretapi Tanah Melayu Berhad(KTMB) dan DRB-Hicom cuai kerana tidak memasang papan amaran keselamatan yang mencukupi di kawasan berkenaan.

Malaysian Nanban dalam laporannya menyebut, keluarga kanak-kanak itu berkata sejak itu tiada sebarang tindakan diambil ke atas KTMB dan DRB-Hicom susulan kejadian tersebut.

Mereka kemudian menemui Arjunan untuk meminta bantuan.

Arjunan memberitahu FMT, Sivanesan ada menghubunginya selepas membaca laporan Malaysian Nanban itu dan menasihatinya supaya jangan melibatkan diri dengan kes itu.

Arjunan juga mendakwa, Sivanesan memberitahu bahawa keluarga kanak-kanak itu telah menerima pampasan. Bagaimanapun menurut Arjunan, emak Tamilaarasen menafikannya.

“Ada sesuatu yang memusykilkan dan saya menggesa polis menyiasat Sivanesan,” katanya.

Sivanesan menafikan dakwaan itu dan menyifatkan Arjunan berbohong.

“Saya tidak pernah membincangkan apa-apa mengenai kes ini dengan Arjunan,” katanya kepada FMY. “Saya memberitahunya tidak ada cara untuk membawa kes itu ke tengah selepas lapan tahun.”

“Arjunan seorang yang gila publisiti. Dia telah membuat lebih 100 laporan polis ke atas pemimpin-pemimpin politik,” katanya Sivanesan lagi.

Beliau menambah, polis harus bertindak ke atas Arjunan jika mereka mendapati dakwaannya tidak berasas. –HM

Tiada ulasan: