TEMERLOH — Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melanjutkan tempoh bayaran balik sehingga 30 bulan kepada mereka yang belum mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian.
Pengerusinya Datuk Ismail Mohamed Said berkata PTPTN sebelum ini memberikan tempoh enam bulan kepada mereka yang terlibat untuk membayar balik pinjaman itu.
“Ia kemudiannya dilanjutkan kepada 24 bulan, dan kini kita telah lanjutkan kepada 30 bulan,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Ismail yang juga Anggota Parlimen Kuala Krau berkata kadar faedah yang sebelum ini sebanyak lima peratus juga telah diturunkan kepada satu peratus.
“Mereka yang belum mendapat pekerjaan perlu menulis surat atau berhubung terus dengan pegawai PTPTN untuk memberitahu masalah yang mereka hadapi untuk dipertimbangkan.
“Kita bersedia berbincang dan bertimbang rasa,” katanya.
Beliau berkata sehingga kini seramai 1.67 juta pelajar menerima pinjaman PTPTN.
9 ulasan:
PTPTN sudah berkali-kali memberikan kelonggaran tempoh bayar balik.
jgnlah suka melengahkan pembayaran, byrlah walaupn sedikit.
harap peminjam akan dapat membuat bayaran pinjaman mereka.
Mereka yang belum lagi mula bayar PTPTN , sila mula membuat pembayaran. Biarpun sikit, asalkan ada.
Terima kasih kepada PTPTN kerana faham dengan keadaan pelajar.
Sebagai pemimjam tunaikalah t/jawab bayar balik duit pinjaman yg telah digunakan.
Semoga semua pemimjam akan melangsaikan hutang mereka.
bagaimana dengan kos pentadbiran? kalau kos pentadbiran tetap jalan, bermakna para pelajar tetap tidak mempunyai pilihan lain selain terpaksa membayar sebaik mereka habis belajar.
apa2pun langkah yang diambil oleh PTPTN ini untuk melanjutkan tempoh bayaran balik adalah baik sesuai dengan situasi hari ini dimana para pelajar sering berhadapan dengan masalah mencari pekerjaan.
Catat Ulasan