Ahad, 27 Februari 2011

Kerajaan lulus kemasukan 45,000 pekerja asing

BERNAMA

KUALA LUMPUR — Kerajaan bersetuju meluluskan kemasukan 45,000 pekerja asing, kebanyakannya dari India, bagi memenuhi permintaan 13 sektor perniagaan kecil di negara ini, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam hari ini.

Beliau berkata kelulusan itu dibuat selepas kerajaan melihat masalah dihadapi sektor berkenaan seperti restoran, kedai runcit, dan industri tekstil yang kesukaran mendapatkan pekerja tempatan.

“Mereka telah membuat permohonan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Razak) dan pihak saya melalui Gabungan Dewan Perusahaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI) di mana mereka minta kerajaan meluluskan 90,000 pekerja asing.

“Tapi selepas berbincang, buat sementara waktu ini kerajaan bersetuju untuk meluluskan kemasukan 45,000 pekerja,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Wisma Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas) oleh bekas presiden MIC Datuk Seri Samy Vellu di sini.

Subramaniam berkata pekerja itu akan diagihkan mengikut 13 sektor perniagaan itu yang dijangka dibuat dalam tempoh sebulan.

Wisma Primas enam tingkat di Jalan Dato’ Haji Eusoff di sini, telah diubahsuai dengan menyediakan pelbagai kemudahan dan prasarana yang menelan kos RM3 juta.

Selain menjadi pusat pengurusan untuk pembangunan persatuan itu, wisma tersebut turut menempatkan Pusat Latihan Kemahiran Primas untuk melatih pekerja-pekerja restoran dari persatuan itu.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Many locals does not like to work in certain sectors, especially those involving hard labor. There is no choice but to hire foreign workers.

mandau berkata...

benarkah pekerja tempatan tidak ingin bekerja sehingga kerajaan terpaksa mengambil pekerja asing?

Jason berkata...

45,000 adalah jumlah yang banyak.

Jason berkata...

Kerajaan terpaksa mengambil pekerja asing kerana pekerja tempatan tidak ingin kerja dalam sektor tertentu.

zam berkata...

memang kebanyakan warga tempatan tidak mahu bekerja disektor tertentu. apa pun, harap satu hari nanti negara kita tidak lagi bergantung kepada pekerja asing.

Sanih Alias berkata...

Sebaiknya utamakanlah rakyat tempatan bagi mengisi kekosongan yang terdapat dinegera kita ini. Tidak salah mengambil pekerja asing tapi yang penting mereka akan mengikuti peraturan dan undang-undang dinegara kita ini.

nickko berkata...

keperluan dan peranan pekerja asing dalam pembangunan ekonomi negara kita memang tidak dapat dinafikan. namun demikian, kemasukan mereka perlu dikawal memandangkan tiap2 bulan satu bilion ringgit Malaysia dihantar oleh pekerja asing ke negara mereka. ini boleh menjejaskan kewangan kita.

songkilou berkata...

Kenapa dengan jumlah yang begitu banyak? Adakah kita betul2 memerlukan bilangan pekerja asing dengan jumlah yang banyak???

songkilou berkata...

Pastikan kesemuanya mempunyai pas pekerja dan pemantaun dari masa2 kesemasa untuk pastikan mereka tidak terlebih had masa untuk kembali ke negara asal.