Ahad, 27 Februari 2011

16 pemegang saham terima RM52,139

Zaman PAS baru rakyat terima hasil, Zaman BN jangan harap la

PASPB

AYER HITAM - Kedah Agro Holdings berjaya mengeluarkan wang saham bagi projek ternakan udang di Kerpan yang berjumlah RM52,139 untuk diserahkan kepada 16 pemegang saham yang dikenal pasti oleh Pusat Khidmat Wakil Rakyat Ayer Hitam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Hitam yang juga Exco Kerajaan Negeri Kedah, Abd Ghani Ahmad berkata, daripada jumlah itu, seramai 10 pemegang saham telah menerima wang berjumlah RM34,161.27.

“Manakala enam lagi daripada mereka masih tidak menerima wang saham yang berjumlah RM17,978 memandangkan mereka dalam urusan penyelesaian harta pusaka dan sebagainya,” katanya kepada Sinar Harian.

Majlis penyerahan disempurnakan oleh Abd Ghani dan hadir sama ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kedah Agro Holdings, Hassan Salleh.

Abd Ghani berkata, wang itu lama tersimpan kerana ia gagal diserahkan oleh kerajaan terdahulu.

Menurutnya, jika ia gagal diserahkan kepada pemegang saham ini ia secara langsung akan dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Tak Dituntut dan ia diberi tempoh sehingga 27 Jan lalu.

“Justeru kejayaan Kedah Agro Holdings mengeluarkan wang saham itu adalah usaha yang murni di samping dapat diberikan kepada pemegang saham yang layak menerimanya,” katanya.

Beliau berkata, dengan penyerahan itu wang saham berkenaan berjaya diserahkan kepada orang kampung yang terlibat dalam projek ternakan udang di Kerpan yang dilaksanakan pada 1993.

“Saya berharap melalui penyerahan ini ia akan memberi semangat kepada pemegang saham berkenaan dan diharapkan wang saham berkenaan dapat dimanfaatkan sebaik mungkin,” katanya.

Tiada ulasan: