Harakahdaily |
TEMERLOH: Dewan Pemuda PAS Pahang membuat satu laporan di Balai Polis Temerloh, di sini petang tadi berhubung penyebaran risalah berbaur hasutan dan perkauman yang mahu memburuk-burukkan PAS dan Pakatan Rakyat. Timbalan ketuanya, Shahril Azman Abdul Halim membuat laporan itu yang turut disertai beberapa pemimpin dewan itu. Katanya, laporan itu dibuat kerana risalah berkenaan disebarkan di dalam kawasan pilihan raya kecil (PRK) Dun Kerdau. Tambahnya, risalah yang bertajuk ‘Kalau Program 100 Hari Pakatan Rakyat Dilaksanakan’ diterbit dan disebarkan oleh pihak tertentu untuk menghasut rakyat supaya membenci PAS dan Pakatan Rakyat. Menurutnya lagi, risalah yang berbaur hasutan melampau itu boleh menimbulkan rasa keluh kesan di kalangan rakyat dan boleh menggugat ketenteraman awam. Sehubungan itu, beliau memohon polis agar menyiasat risalah itu di bawah Akta Hasutan termasuk pihak yang menyebarkannya kerana menyelewengkan fakta Buku Jingga 100 Hari yang ditawarkan Pakatan Rakyat. |
Sabtu, 26 Februari 2011
Polis diminta siasat risalah berbaur hasutan
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan