Jumaat, 18 Jun 2010

Pekung Umno Tidak Dapat Ditutup


http://buletinonline.net/images/stories/berita27/IMG_5031.JPGDUNGUN – UMNO Terengganu usah sesekali menganggap kenyataan golongan yang sering kali cuba menutup masalah dalaman parti itu mampu melegakan rakyat di negeri ini.

Timbalan Pesuruhjaya Pas Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata, kenyataan selamat mereka itu tidak mampu menutup ‘pekung’ Umno kerana ia ternyata bertentangan dengan sikap sebenar ditunjukkan segelintir pemimpin parti itu.

Menurutnya, tindakan itu jelas disedari di peringkat akar umbi melalui diskriminasi terhadap pemimpin yang dikatakan bukan menjadi kumpulan mereka.

“Realitinya pada peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) berlakunya diskriminasi, begitu juga peringkat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), selain Ketua UMNO Cawangan.

“Jangan tipu rakyat, perpecahan yang berlaku bukan hanya dua puak tetapi tiga hingga beberapa puak,” katanya kepada sebuah akhbar harian tempatan, Sinar Harian

Beliau yang juga Timbalan Yang DiPertua Pas Dungun, turut mendakwa projek-projek yang dijalankan dilihat hanya terarah kepada kumpulan tertentu sambil memberitahu projek yang dijalankan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh pula dikritik.

“Mereka yang kata tidak wujud Kumpulan 10 hanya politik kerana hanya menyelamatkan diri masing-masing, krisis itu masih tidak selesai,” katanya.

Pada masa sama, katanya, dasar perjuangan UMNO dipercayai menjadi penyebab berlakunya keadaan seperti itu sehingga kini.

Beliau berkata, dasar itu menyebabkan UMNO Terengganu tidak akan berpadu dan ia sama seperti yang berlaku terhadap komponen parti Barisan Nasional (BN) lain seperti MCA dan MIC.

Tiada ulasan: