Selasa, 1 Jun 2010

Kutuk Israel Kutuk Juga Diri Sendiri

Oleh Mohd Sayuti Omar


APABILA cis Israel menyerang konvoi misi kemanusiaan yang berlayar ke Gaza, kita semua mengutuk Israel. Kita tidak boleh menerima sikap kejam dan biadab kaum yang telah dikutuk Allah s.w.t. itu. Semua pihak - parti politik, NGO dan individu mengutuk kejadian itu. Serentak itu macam-macam aksi dan tindakan diperlukan bagi menzahirkan kemurkaan kita kepada Israel.

[Sehingga saat ini seramai 19 terkorban (syahid) dan berpuluh ribu cedera angkara Israel yang menyerang misi kemanusiaan anjuran Lifeline 4 Gaza (LL4G). Dalam serangan jahat itu nasib 12 orang rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan itu masih belum diketahui. Kita mendoakan mereka diselamatkan Allah]

Ekoran kejadian itu beberapa NGO dan parti siasah yang didominasi oleh orang Melayu telah mengadakan tunjuk perasaan dan menyerahkan memorandum bantahan kepada Amerika Syarikat yang dianggap menjadi bapa tiri kepada Israel. Semuanya berarak dan menjerit-jerit dipintu pagar kedukataan Amerika di Jalan Tun Razak. Setakat itu sajalah yang termampu dilakukan, untuk masuk tidak mungkin kerana kedutaan itu dikawal dengan berlapis 'kawat' duri.

Selain itu ada yang meminta agar parlimen Malaysia mengadakan sidang khas. Tujuannya ialah untuk membuat resolusi mengutuk kejadian di lautan Mediterranen itu. Ada juga yang hanya melafazkan rasa kesal dan apa yang mampu dilakukan melihat terkulat-kulat dari jauh.

Kerajaan negara ini menerusi Perdana Menteri juga membuat kenyataan akan menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu supaya membincang tindakan biadap Israel itu dalam masa terdekat. Najib Razak baru sekejap tadi terdengar di radio mengutuk sekeras-kerasnya kejadian itu.

Dunai Islam seluruh juga turut sama mengutuk apa yang terjadi itu. Negara yang berani, meminta PBB mengadakan persidangan meminta supaya desak Israel supaya membebaskan berpuluh sukarelawan yang ditahan serta mendesak Israel membubarkan kepuangan ke atas Gaza. Malangnya negara berkuasa besar China, Jepun, Russia, Peranchis, Jerman dan Amerika Syarikat sendiri masih mendiamkan diri.

Begitu juga dengan negara teluk yang dinaungi Yahudi, Arab Saudia, Iraq, Kuwait, UEA juga mendiamkan diri tidak berani bersuara. Iraq juga masih belum kedengaran lagi. Yang lantang dan konsisten menentang Israel hanya Turki dan Iran.

Kutukan itu kita terima dan kita sokongan. Itulah apa yang dapat kita lakukan. Kita tidak mampu untuk menentang kaum yang disebut dalam Quran akan kejahatannnya. Kejahatannya juga tidak akan berakhir selagi dunia tidak khiamat total. Namun atas semangat agama dan sifat kemanusiaan kita perlu kutuk dan lawan setakat yang mampu. Melawan kewajiba wajib hatta sambil baring.

Mengenai kejadian di Palestin atau pun bentuk keganasan lain dilakukan Yahudi - musuh Allah kita perlu melihatnya dari berbagai sudut. Setiap apa yang berlaku hendaklah diambil iktibar atasnya. Mengenai kejahatan Israel terhadap Palestin ini khasnya ia bukan baru tetapi sudah berlalu lebih 60 tahun lalu.

Kejahatan Israel tidak henti-henti kanditpun seminit. Bangsa itu meneruskan kejahatannya, dan sedikit demi sedikit bumi rakyat Palestin dirampasnya. Ribuan nyawa tidak berdosa, orang tua, kanak-kanak dan wanita dihapuskan begitu saja macam membakar sampah. Kehilangan dan kemusnahan harta benda usahlah disebut lagi.

Apa yang saya maksudkan, keinsafan perlu muncul dan diambil iktibar daripada apa yang berlaku di Palestin itu. Nasib malang rakyat Palestin bukan saja perlu kita bukukan atau syairkan dalam puisi atau sajak di tepi-tepi pantai atau di kamar dingin. Tetapi kita harus melihat luas dan dalam dari itu dengan penuh pengertian.

Kita kena mengambil kekejaman itu dan penderitaan nasib rakyat Palestin itu sebagai nasib kita juga. Penderitaan yang dilalui perlu dipadankan ke dalam kehidupan kita. Kita kena membayangkan suatu hari nanti nasib bangsa kita juga akan terjadi demikian. Bumi Malaya ini juga akan sedikit demi sedikit akan diratah oleh musuh. Peperangan tidak akan terelak kerana itulah sunatullah.

Kita tidak boleh menerima keadaan kita kekal seperti hari ini. Keamanan dan kekayaan yang melimpah hari ini akan terus menjadi milik kita. Tanpa kita ketahui dalam senyap ada orang yang mengidam untuk memiliknya. Kita kini asyik tidur lena dan percayakan kepada 'pagar' keselamatan yang ada.

Mulai hari ini, sepatunya semalam kita kena membayangkan yang negara kita juga akan diganyang seperti penganyangan berterusan bak Israel lakukan ke atas Palestin itu. Kita kena bayangkan akan berlaku pembunuhan di sini suatu masa nanti. Hidup akan bertaburan dan melarat. Segala kemewahan dan nikmat yang kita hirup hari ini akan terganggu jua.

Jadi sebagai persediaan menghadapi kemungkinan itu maka kita kena buat sesuatu. Kita kena bertindak dan insaf. Perkara paling pokok ialah menguatkan persaudarana bangsa negara kita. Kita tidak mampu untuk hidup secara terpisah atas apa juga alasan dan iktikad. Kita kena bersatu dan perpadu sepanjang masa.

Janganlah kita hanya tahu mengutuk kejahatan Israel sebaliknya kita juga perlu mengutuk diri sesama kita yang liat untuk bersatu bagi membena bentang keselamatan bangsa di hari muka. Jadi di samping kita mengutuk dan menghina Israel, kita orang Melayu perlu sama mengutuk diri sendiri dalam kontesk kesombongan kita untuk berada dalam satu saf!

Tiada ulasan: