Selasa, 1 Jun 2010

Isu Dewan Bedah Hospital Setiu; Polemik Dalaman Umno Teregganu.


http://www.buletinonline.net/images/stories/berita26/hospsetiu.jpgSETIU - PAS Kawasan Setiu menyifatkan isu dewan bedah hospital Setiu adalah polemik dalaman antara pimpinan Umno Terengganu dan kerajaan pusat.

Ketua Penerangannya, Dr. Azman Ibrahim berkata PAS Setiu tidak berminat untuk terlibat dengan isu dewan bedah tersebut.

Malah, beliau yakin, tidak ada rakyat yang mahu membuang masa melayan semua kerenah pentadbiran kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN)

Menurutnya, beliau diberitahu oleh sumber dalaman, kenyataan Menteri Besar Dato’ Ahmad Said berhubung perkara terbabit hanya cubaan Ahmad untuk meningkatkan imejnya yang gagal dalam mentadbir negeri Terengganu.

“Saya melihat ada kecenderungan untuk saling tuduh menuduh apabila sesuatu projek yang dibina bermasalah atau mengalami kegagalan.

“Malah didakwa oleh sumber dalaman pentadbiran Hospital Setiu, Menteri Besar dikatakan cuba membina imej diri dengan cara suka mengkritik kegagalan orang lain sedangkan beliau (MB) sendiri bersikap lepas tangan,”ujarnya kepada Buletinonline.

Katanya lagi, sumber dalaman pentadbiran hospital turut mengakui, masalah kegagalan Dewan Bedah Hospital Setiu berfungsi setelah tujuh tahun siap dibina adalah akibat terlalu banyak campur tangan politik yang sukar dijelaskan.

Soalnya, kata beliau, kenapa dalam soal projek yang melibatkan nyawa dan keselamatan rakyat masih terdapat campur tangan politik yang memeningkan?

Beliau mencadangkan, supaya semua agensi yang terlibat duduk semeja, berbincang dan mengambil langkah penyelesaian konkrit.

“Saya difahamkan mesyuarat bersama pada 13 April lalu, hanya wakil agensi kerajaan negeri sahaja yang hadir, sedangkan pihak kontraktor tidak dijemput,

“semua pihak tidak terkecuali baik Menteri Besar, Kerajaan Negeri, Kementerian Kesihatan, Jabatan Kerja Raya serta kontraktor, wajib segera mengambil tindakan yang cepat dan tepat tanpa perlu saling menunding jari ke arah satu sama lain,”tegasnya.

Menurutnya, apa yang rakyat mahu adalah melihat Hospital Setiu yang dibina pada tahun 2000 dan dibuka pada 2003 dengan kos RM65.7 juta benar-benar boleh dimanfaatkan oleh rakyat.

Tiada ulasan: